Bekas Penasihat Media Najib serah RM7.1 juta wang kepada 1MDB

July 30, 2021 · Isu semasa

Kes bekas penasihat media Datuk Seri Najib Razak, Paul Stadlen yang menghadapi dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta, ditarik balik selepas beliau bersetuju melepaskan secara rela hati keseluruhan wang berjumlah RM7,192,873.84 kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik Bernama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini berkata wang itu akan dipindahkan ke akaun 1MDB.

Menurutnya berdasarkan persetujuan Jabatan Peguam Negara, satu penyelesaian telah dipersetujui melibatkan Stadlen dan penasihat undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang telah dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) membabitkan wang berjumlah RM15 juta.

“Perkara itu diputuskan setelah mengambil kira bahawa jumlah itu adalah wajar untuk dilucut hak. Sehubungan itu, kes terhadap beliau (Stadlen) ditarik balik.

“Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tindakan kompaun di bawah Seksyen 92 (1) Akta 613 berjumlah RM590,587.26 dikenakan terhadap Mohd Hafarizam setelah mengambil kira serta mempertimbang alasan-alasan yang munasabah, termasuk lanjutan daripada penarikan balik kes terhadap Stadlen. Pertuduhan terhadap Mohd Hafarizam ditarik balik setelah kompaun diselesaikan,” menurut SPRM.

Pada 20 Februari 2019, pertuduhan terhadap Stadlen dibuat secara in absentia (tanpa kehadiran) di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan pengubahan wang haram.

Mengikut pertuduhan pertama, Stadlen didakwa telah mengarahkan pembayaran melalui 27 transaksi membabitkan hasil aktiviti pengubahan haram berjumlah RM8,111,322.43 dari akaun pelanggan firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak kepada beberapa individu dan syarikat di antara Jun hingga Disember 2014.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh mengarahkan pembayaran melalui 16 transaksi hasil aktiviti pengubahan haram berjumlah RM6,139,078.34 dari akaun pelanggan firma guaman sama kepada beberapa individu dan syarikat di antara Januari hingga Ogos 2015.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Hari ini, Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan Mohd Hafarizam daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta, yang didakwa diterima daripada Najib.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
6 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
6 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok