Kes rasuah Najib libatkan RM27 juta dana SRC ditangguh

July 28, 2021 · Isu semasa

Pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes rasuah Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta memohon perbicaraan ditangguh, sementara menunggu Mahkamah Rayuan membuat keputusan terhadap rayuan bekas perdana menteri itu yang dijatuhi hukuman penjara dan denda berkaitan satu lagi kes SRC.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas prosiding pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini.

“Kes SRC RM27 juta telah ditetapkan untuk bicara bermula 2 hingga 9 Ogos ini tetapi memandangkan Mahkamah Rayuan masih belum memberi keputusan berhubung rayuan kes SRC RM42 juta, kami perlu memohon penangguhan perbicaraan kes di mahkamah ini sementara menunggu keputusan rayuan itu yang berkemungkinan akan dirayu sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Oleh itu, penangguhan kes SRC RM27 juta ini perlu kerana bukti di dalam kes ini saling berkaitan dengan kes SRC RM42 juta dan ia turut membabitkan jejak wang yang sama,” katanya.

Beliau berkata Mohamed Zaini telah mengarahkan kedua-dua pihak menulis surat kepada mahkamah hari ini bagi memohon penangguhan perbicaraan kes itu yang sepatutnya bermula pada Isnin depan (2 Ogos) dan pendakwaan juga akan meminta agar tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan pada Ogos tahun ini serta Mac dan April 2022 dilapangkan.

Memetik laporan Bernama, Peguam Rahmat Hazlan, yang mewakili Najib, ketika dihubungi turut mengesahkan permohonan penangguhan perbicaraan kes SRC RM27 juta itu.

Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang mendakwa beliau menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen namun kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2019 atas permohonan pihak pendakwaan.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Najib mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan yang kemudian mendengar kes tersebut pada 5 April hingga 18 Mei lepas dan menangguhkan keputusan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Banjir: Sesi pembelajaran 31 sekolah di Johor esok ditangguh
January 8, 2022
7 lelaki Pakistan ditahan disyaki terlibat pemerdagangan orang
June 14, 2023
Longkang berpotensi runtuh lagi
January 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok