Ivermectin ubat antiparasit yang digunakan kepada haiwan, kata doktor pakar

July 28, 2021 · Isu semasa

Penggunaan Ivermectin dalam merawat pesakit Covid-19 belum terbukti keberkesanannya dan berisiko tinggi akan membahayakan nyawa orang ramai jika ia digunakan memandangkan ubat tersebut hanya digunakan kepada haiwan bukan manusia, kata seorang doktor pakar.

Seorang doktor pakar di Pusat Pakar Perubatan Antarabangsa Hospital Beacon, Dr Raymond Tan Suan Kuo berkata Ivermectin merupakan ubat anti parasit dan bukan anti virus, malah penggunaannya diragui dapat merawat pesakit Covid-19.

“Sehingga kini saya belum mempercayai keberkesanan Ivermectin 100 peratus. Bagi pendapat saya, setakat ini ia hanya digunakan untuk haiwan dan bukan untuk manusia. Ivermectin ialah ubat anti parasit, bukan ubat anti virus.

“Kawan-kawan saya yang pakar paru-paru juga tidak percaya kepadanya dan mereka mengatakan bahawa mereka tidak melihat manfaat sama sekali dalam merawat atau dalam mencegah Covid 19,” katanya kepada Agenda Daily.

Beliau menggesa supaya orang ramai tidak ambil ubat jenis tersebut walaupun diberikan percuma untuk merawat jangkitan Covid-19.

“Saya tidak akan mengambilnya walaupun ia diberikan kepada saya percuma,” katanya lagi.

Jelasnya, tiada kelulusan juga diberikan oleh badan perubatan bagi Ivermectin digunakan kepada orang ramai dan cadangan supaya ia digunakan kepada manusia adalah tidak wajar sama sekali.

“Sehingga kini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan tiada produk dengan bahan aktif Ivermectin berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kegunaan manusia.

“Pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) belum pernah meluluskan indikasi Ivermectin bagi tujuan rawatan ataupun sebagai pencegahan Covid-19. Perkara ini telah dijelaskan FDA dalam artikel yang bertajuk Why You Should Not Use Ivermectin to Treat or Prevent Covid-19’ bertarikh 3 Mei 2021,” terang beliau.

Selain itu, Dr Raymond berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya membenarkan Ivermectin sebagai rawatan Covid-19 dalam kajian dan percubaan klinikal sahaja berdasarkan penjelasan dalam artikel yang bertajuk WHO Advises That Ivermectin Only Be Used to Treat Covid-19 Within Clinical Trials pada 31 Mac 2021.

Semasa Sidang Khas Dewan Rakyat, isu Ivermectin dibangkitkan Ahli Parlimen (MP) pembangkang, Mohamad Sabu (AMANAH-Kota Raja) yang meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan penggunaannya bagi merawat pesakit Covid-19.

Cadangan tersebut disokong pula rakan separtinya, MP Shah Alam Khalid Samad berkata: “Jika mereka (pesakit) sanggup mengambilnya (Ivermectin), (maka) berikan kepada mereka.”

Susulan isu panas Ivermectin itu di Dewan Rakyat hari ini beberapa pengamal perubatan bangkit mempertahankan Menteri Kesihatan, sambil mengutuk Ahli Parlimen pembangkang yang tidak tahu menahu mengenai ubat itu sebaliknya mendesak ia digunakan untuk pesakit Covid-19.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
14 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok