Doktor bidas Ahli Parlimen PH desak guna Ivermectin rawat Covid-19

July 27, 2021 · Isu semasa

Tindakan Ahli Parlimen (MP) pembangkang yang mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan penggunaan ubat antiparasit, Ivermectin, bagi merawat pesakit Covid-19 menimbulkan kemarahan dan kekecewaan pengamal perubatan.

Malah tindakan MP yang bertikam lidah dengan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkaitan isu Ivermectin itu juga tidak ada kelayakan ilmu kedoktoran atau saintifik, sebaliknya hanya menggunakan emosi ketika bangkit membantah.

Isu Ivermectin dibangkitkan MP Kota Raja, Mohamad Sabu yang meminta KKM meluluskan penggunaannya bagi merawat pesakit Covid-19, sebelum dijawab Dr Adham.

Dr Adham turut memaklumkan India dan Peru sudah menarik balik penggunaan ubat antiparasit itu bagi merawat pesakit Covid-19.

Bagaimanapun beberapa MP pembangkang tidak puas hati dengan jawapan Dr Adham hinggakan pada suatu ketika MP Shah Alam, Khalid Samad berkata: “Jika mereka (pesakit) sanggup mengambilnya (Ivermectin), (maka) berikan kepada mereka.”

Susulan isu panas Ivermectin itu di Dewan Rakyat hari ini beberapa pengamal perubatan bangkit mempertahankan Menteri Kesihatan, sambil mengutuk Ahli Parlimen pembangkang yang tidak tahu menahu mengenai ubat itu sebaliknya mendesak ia digunakan untuk pesakit Covid-19.

Boo Su-Lyn mempersoalkan kenapa MP Sungai Buloh dan Kota Raja mengembar-gemburkan isu Ivermectin, sedangkan mereka sepatutnya menggalakkan program vaksinasi.

“Galakkan vaksinasi, bukan Ivermectin yang tidak memberi kesan terhadap Covid-19. Banyak kertas kajian Ivermectin didapati palsu. Berhenti menyebarkan maklumat tidak benar di Parlimen,” katanya menerusi laman Twitternya hari ini.

Seorang lagi pengamal perubatan, Khairul Hafidz pula kecewa melihat ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mahu Ivermectin digunakan.

“Kami di dalam bidang perubatan punyalah bersungguh-sungguh memberi penerangan mengenai isu ini di media sosial, usaha kami boleh hancur dengan sokongan pemimpin PH di Parlimen. Tunggu lah data kita,” katanya.

Terrence Dass juga kecewa sambil mengatakan isu yang dibangkitkan mengenai Ivermectin itu hanya omongan kosong.

“Ivermectin belum mempunyai keputusan percubaan yang tepat untuk menyokong keberkesanannya. Penemuan kajian prinsip di Oxford masih berjalan. Jangan hanya menjadi populis kerana menjerit dengan kuat,” katanya.

Seorang lagi pengamal perubatan Paul Tan berkata:

“Hanya itu sahaja, dengan mengetengahkan Ivermectin dan menegaskan tidak ada kesan sampingan dan tidak membahayakan penggunaannya, Adham Baba lebih pintar daripadamereka semua.”

Seorang lagi pengamal perubatan Syed Abdul Khaliq menyifatkan desakan oleh MP pembangkang berkaitan penggunaan Ivermectin sebagai serangan terhadap petugas barisan hadapan.

“Macam lah doktor dan pengawal perubatan tidak cukup pandai untuk membaca bukti… jahat dan nak ambil untung. Sebagai doktor yang bekerja setiap hari untuk menyelamatkan nyawa saya amat berasa kecewa, dilukai dan dikhianati,” katanya.

Norman Goh pula berpendapat dia perlu memanggil MP berkaitan kerana tidak bertanggungjawab dengan mendesak penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19.

“Saya sangat kecewa. Keputusan mesti dibuat berdasarkan bukti saintifik,” katanya sambil menyenaraikan MP yang mendesak ubat itu digunakan iaitu Mohamad Sabu (Kota Raja), Khalid Samad (Shah Alam), R Sivarasa (Sungai Buloh), Johari Abdul Ghani (Sungai Petani), Sim Tze Tzin (Bayan Baru), William Leong (Selayang), dan P Prabakaran (Batu).

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
3 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
3 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok