Lembah Klang, empat negeri lepasi angka sejuta penerima vaksin

July 26, 2021 · Isu semasa

Jumlah keseluruhan penerima vaksin Covid-19 di seluruh negara mencecah lebih 17 juta orang setelah 399,135 suntikan diberikan semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Lembah Klang, Sarawak, Johor, Perak dan Sabah menjadi antara negeri dan wilayah tertinggi pemberian vaksin Covid-19 melepasi angka sejuta penerima.

Data 25 Julai 2021

Katanya, berdasarkan angka terkini sebanyak 17,317,553 individu membabitkan 11,797,708 penerima dos pertama dan 5,519,845 melengkapkan dos kedua masing-masing.

Beliau berkata Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan jumlah tertinggi penerima vaksin Covid-19 iaitu 6,485,201 individu dengan 4,831,190 menerima suntikan dos pertama dan 1,654,011 dos kedua.

Ini diikuti Sarawak sebanyak 2,800,772 penerima membabitkan 1,660,168 dos pertama dan 1,140,604 dos kedua; dan Johor (1,279,221 dos membabitkan 880,832 dos pertama dan 398,389 dos kedua.

Perak pula merekodkan pemberian suntikan berjumlah 1,030,352 membabitkan 668,470 penerima dos pertama dan 361,882 dos kedua, sementara Sabah mencatatkan 1,026,055 dos dengan 646,420 dos pertama dan 379,635 penerima lagi melengkapkan dos kedua.

Bagi tempoh semalam sahaja, Dr Adham berkata, Selangor kekal merekodkan jumlah pemberian dos tertinggi iaitu sebanyak 101,463 membabitkan 73,921 dos pertama dan 27,542 penerima dos kedua, diikuti Kuala Lumpur (43,101 dos pertama dan 27,990 dos kedua).

Sementara itu, 6.1 juta populasi dewasa di Kuala Lumpur dan Sarawak disasarkan untuk menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 menjelang 1 Ogos ini.

Data 25 Julai 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
AUKU masih relevan dan sangat penting, kata Menteri UMNO
March 9, 2023
39 pelajar SMK Agama Tun Said, keluarga guru positif Covid-19
February 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
13 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
14 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok