Ralat: Mangsa kes rogol bekas Adun DAP selesai beri keterangan, kes ditangguh

July 16, 2021 · Isu semasa

Pembantu rumah dalam kes rogol membabitkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Tronoh, Paul Yong Choo Kiong selesai memberi keterangan tertutup di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

*Ralat pembetulan, Tertuduh merupakan bekas ADUN DAP dan sudah mengumumkan keluar parti tersebut.

Turut selesai memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed ialah seorang lagi saksi terlindung.

Mangsa mula memberi keterangannya petang semalam dan selesai pagi tadi, manakala seorang lagi saksi memberi keterangan petang Selasa dan selesai pada Khamis.

Memetik laporan Bernama, mahkamah kemudian menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 16, 17, 18 Ogos dan 28 September depan untuk mendengar keterangan saksi-saksi lain.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak Azlina Rasdi, Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri Sadarudin manakala pasukan pembelaan terdiri daripada Datuk Rajpal Singh, Salim Bashir dan Phang Yong Nur Sarah.

Kedua-dua saksi terlindung berkenaan memberi keterangan secara tertutup mengikut Akta Perlindungan Saksi 2009 yang hanya boleh dilihat hakim manakala pihak pendakwaan dan peguam hanya mendengar suara tanpa melihat mereka semasa memberi keterangan.

Mahkamah telah mendengar keterangan 16 orang saksi pada perbicaraan bermula pada 5 April lepas.

Yong, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia, di kediamannya di Meru Desa Park di sini antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen, namun pada 15 Dis 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Yong didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
15 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
15 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Jemaah pulang umrah cetus kluster baharu di Sabah
December 22, 2021
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok