Covid-19 di Selangor parah, apa MB buat? Terbukti dakwaan Rafizi benar

July 13, 2021 · Isu semasa

Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Selangor saban hari meningkat dan tidak menunjukkan tren penurunan, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negeri itu semakin sesak dengan ramai yang positif dijangkiti virus membunuh itu.

Laporan media mendedahkan kesesakan luar biasa yang berlaku di CAC Stadium Malawati, Seksyen 13 sejak semalam, ia selepas ramai individu melaporkan di pusat itu susulan peningkatan mendadak sejak dua minggu lalu apabila semakin ramai warga Selangor disahkan positif dijangkiti susulan saringan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Kesesakan bertambah ekoran ‘limpahan’ pesakit dari daerah lain seperti Kuala Selangor, Kuala Langat dan Klang.

Keadaan di Stadium Malawati sudah tidak terkawal, ramai golongan ibu menggendong anak kecil dan warga emas terpaksa ditolak dengan kerusi roda oleh ahli keluarga.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Petaling Mejar (PA) Juddie Turusi dipetik berkata semalam, jumlah terlalu ramai di CAC Stadium Malawati semalam cukup menggusarkan berikutan ia lebih tiga kali ganda dari kapasiti yang biasa ditangani.

Kerajaan Selangor pada November tahun lepas dengan bangganya mengumumkan peruntukan RM400 juta kononnya untuk memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Tidak cukup itu, Selangor juga menubuhkan Pasukan Khas Covid-19 yang diketuai bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kononnya akan mencari pendekatan terbaik untuk menangani penularan jangkitan di negeri tersebut.

Nyata, peruntukan beratus juta dan pasukan khas yang ditubuhkan gagal, ia malah membawa Selangor ke kancah yang lebih parah apabila jangkitan semakin meningkat.

Terdahulu, bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli membangkitkan kegagalan kerajaan negeri Selangor dalam menangani kes Covid-19 walhal mereka boleh menggunakan peruntukan undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menutup operasi kilang-kilang yang didakwa menjadi punca penularan di negeri itu.

Kenapa Selangor tak guna undang-undang PBT tutup kilang, soal Rafizi

Sebaliknya berlaku apabila Rafizi kemudiaan diserang oleh tentera siber rakan separti dan juga daripada DAP.

Nasihat dan pandangan Rafizi tersebut tidak diendahkan dan sebaliknya dihentam oleh rakan sendiri yang sebelum ini adalah rakan seperjuangan.

Hari ini, kes harian di Selangor sekali lagi mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 5,263 kes baharu direkodkan. Ia hampir 50 peratus daripada jumlah kes keseluruhan harian seluruh negara.

Strategi kerajaan negeri yang mahu menumpukan vaksinasi kepada sektor industri khususnya pekerja kilang nampaknya gagal, kluster melibatkan pekerja kilang di Selangor semakin bertambah dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari nampaknya lebih sibuk mengaut keuntungan menjual vaksin.

Selangor kini diambang bencana dan sudah sampai masanya MB Selangor ini ditunjukkan jalan keluar dan perlu didesak meletakan jawatannya.

Bukankah itu yang dilaung-laungkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya kerajaan gagal, sebaliknya negeri yang ditadbir PKR sendiri pun gagal menangani penularan Covid-19.

Atau mungkin lebih baik Ketua Pembangkang ini disingkirkan daripada kerusinya di Parlimen nanti? Ketua Pembangkang gagal dalam sejarah negara, tahu berpolitik dan sibuk mengejar cita-cita untuk bekerjasama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakannya, Datuk Seri Najib Razak.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Saman lucut hak RM16 juta milik keluarga Azeez didengar 3 Januari
October 8, 2021
Rasuah RM2 juta: Zahid sebut peranan Najib ‘arah lulus’ projek visa
May 26, 2022
Jemaah pulang umrah cetus kluster baharu di Sabah
December 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
18 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
18 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok