Individu hilang kerja boleh tuntut faedah SIP di Perkeso

June 23, 2021 · Isu semasa

Kerajaan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sudah menyediakan bantuan atau faedah sementara kepada pekerja dan majikan semua sektor, termasuk peruncitan, yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia menggesa mereka di dalam kategori itu yang terkesan, untuk mendapatkan kemudahan disediakan kerajaan.

Permohonan tuntutan faedah SIP dibuat sama ada secara dalam talian di Portal SIP atau hadir di mana-mana kaunter Perkeso berhampiran, kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, pekerja yang terkesan juga boleh melayari Portal Pekerjaan Negara MYFutureJobs di www.myfuturejobs.gov.my yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Kementerian itu memaklumkan antara bantuan SIP bagi individu yang hilang kerja ialah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA), Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB), Elaun Latihan dan faedah bantuan pencarian pekerjaan.

“Selain itu, fi latihan juga dibayar kepada penyedia latihan yang berdaftar dengan jumlah maksimum sebanyak RM4,000,” kata kementerian itu.

SIP adalah program jaringan keselamatan sosial bertujuan membantu pekerja kehilangan pekerjaan bagi mendapatkan bantuan kewangan secara sementara dan membantu mereka yang terkesan untuk mendapatkan pekerjaan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Kenyataan itu turut memaklumkan individu berinsurans akan diberi nasihat dan bantuan serta peluang untuk meningkatkan kemahiran melalui skim latihan disediakan kerajaan.

“Pekerja yang kehilangan pekerjaan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia secara dalam talian berhubung permasalahan dihadapi.

“Pada masa ini terdapat 242,598 kekosongan jawatan aktif yang berdaftar di bawah Portal Pekerjaan Negara MYFutureJobs,” ,” kata kementerian itu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari pautan https://eiscentre.perkeso.gov.my/ms/utama/ atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1-300-22-8000 atau melalui e-mel ke [email protected].

Berita berkaitan
Kemuka dokumen palsu Penjana 2.0, pemilik syarikat didakwa
November 1, 2023· Isu semasa
Tiada rancangan konkrit daripada Rafizi setakat ini, kata pertubuhan majikan
July 13, 2023· Politik
PRN: Majikan tak benar pekerja undi berdepan tindakan
July 11, 2023· Politik
Sekarang PMX kata kerajaan belum bincang pula kenaikan 20% caruman KWSP
May 8, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Pihak berkuasa batal ubat tradisional mengandungi racun berjadual
June 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok