PRN: Majikan tak benar pekerja undi berdepan tindakan

July 11, 2023 · Politik

Mana-mana majikan yang tidak membenarkan pekerjanya keluar mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, 12 Ogos depan bakal berdepan tindakan undang-undang.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata peruntukan dalam Subseksyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 membolehkan majikan terlibat didenda sebanyak RM5,000 atau dipenjara selama setahun.

Sementara itu katanya, majikan perlu membenarkan pekerja yang mengundi di luar kawasan mengambil cuti tahunan.

“Semua majikan perlu patuh dan benarkan pekerja mereka pulang untuk turun mengundi.

“Sekiranya ada majikan tak benarkan, pekerja boleh buat aduan pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara itu dan tindakan segera akan diambil pada majikan terbabit.

“Jadi saya nasihatkan majikan di negara ini supaya patuh akta ditetapkan selain benarkan pekerja-pekerja mereka pulang mengundi pada PRN tidak lama lagi diadakan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Hari pengundian bagi PRN akan dilaksanakan serentak 12 Ogos depan sementara penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai ini.

Pilihan raya kali ini melibatkan 245 kerusi DUN bagi enam negeri iaitu Kedah 36 kerusi, Kelantan 45 kerusi, Terengganu 32 kerusi, Pulau Pinang 40 kerusi, Selangor 56 kerusi dan Negeri Sembilan 36 kerusi.

PRN enam negeri itu juga akan menyaksikan sebanyak menjadi rebutan parti-parti bertanding pada pilihan raya negeri kali ini untuk mendapatkan mandat rakyat.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok