Tiada rancangan konkrit daripada Rafizi setakat ini, kata pertubuhan majikan

July 13, 2023 · Politik

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dikritik Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) yang kecewa apabila setakat ini tiada rancangan konkrit diambil untuk menambah baik ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Presiden MEF, Syed Hussain Syed Husman dalam kenyataan berkata tiada perancangan atau strategi yang diperkenalkan oleh Rafizi yang terkenal dengan kehebatan formulanya untuk meningkatkan taraf hidup negara dan rakyat.

“Setakat ini MEF masih belum melihat sebarang rancangan konkrit daripada menteri ekonomi yang benar-benar tertumpu dan diformalkan yang mampu menambah baik ekonomi negara seterusnya meningkatkan taraf hidup negara dan rakyatnya,” katanya dalam satu kenyataan sebagai respons keras kepada pengumuman Rafizi baru-baru ini mengenai kenaikan gaji.

MEF juga berkata persekutuan itu “terkejut bahawa menteri ekonomi mengambil tindakan terhadap sesuatu di luar bidang kuasanya.

“Ini sepatutnya di bawah bidang kuasa menteri sumber manusia,” tambah Syed Hussain.

Ia berlaku selepas Rafizi mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan model gaji progresif yang mungkin mendorong kepada kenaikan gaji tahunan secara mandatori.

Ahad lalu, Rafizi dilaporkan berharap sektor swasta turut komited membantu kerajaan merealisasikan Dasar Gaji Progresif bagi menangani kenaikan kos sara hidup.

Katanya, kerajaan memerlukan dasar menyeluruh membabitkan sektor swasta dan awam kerana menjadi keutamaan untuk merapatkan jurang ketara antara pertumbuhan gaji serta kenaikan kos sara hidup.

Selasa lalu, Rafizi membayangkan rancangan Putrajaya untuk gaji progresif mungkin memerlukan kenaikan gaji tahunan secara wajib.

Tetapi, Syed Hussain berkata, Rafizi perlu mengambil kira dalam mana-mana ekonomi, kuasa pasaran menentukan harga buruh dan menteri tidak sepatutnya mewajibkan kenaikan gaji.

“Industri di seluruh dunia sentiasa bergantung kepada data pasaran untuk menentukan pampasan dan manfaat. Kerajaan tidak harus menentukan apa patut dilakukan dari segi ganjaran buat pekerja.”

Beliau berkata, kerajaan terlebih dahulu perlu meletakkan asas sesuai dan mencukupi untuk model gaji progresif dilaksanakan, melalui perbincangan dengan pihak berkaitan serta menubuhkan jawatankuasa dianggotai kesatuan sekerja, majikan, kementerian dan agensi kerajaan.

Katanya, model gaji progresif bukan saja berkaitan kenaikan gaji, tetapi ia perlu memastikan peningkatan produktiviti, keuntungan, produk dan perkhidmatan lebih baik pada harga berpatutan untuk pengguna.

Jika Putrajaya terus mewajibkan kenaikan gaji tahunan, beliau berkata, ia perlu menyediakan geran atau peruntukan kepada majikan bagi memenuhi gaji ditetapkan.

“Rafizi dan kerajaan boleh tampil dengan skim bagi menambah gaji ditentukan pasaran, jika beliau begitu prihatin dengan kenaikan gaji pekerja.”

Berita berkaitan
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok