MMA gesa siasat syarikat swasta jual vaksin tanpa kebenaran

June 23, 2021 · Isu semasa

Majlis Perubatan Malaysia digesa menyiasat berhubung dakwaan vaksin Covid-19 yang dijual syarikat swasta bukan penjagaan kesihatan kepada kumpulan persendirian tanpa kebenaran.

Gesaan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) itu dibuat memandangkan tindakan tersebut jika terbukti wujud, ia menyalahi peraturan kerana hanya kerajaan sahaja diiktiraf sebagai adalah pengimport dan pengedar rasmi vaksin.

“MMA diberitahu bahawa vaksin dijual oleh sebuah syarikat swasta bukan penjagaan kesihatan kepada kumpulan persendirian pada harga sekitar RM400 (dua dos) seorang dengan fasiliti penjagaan kesihatan swasta terlibat menjalankan vaksinasi.

“MMA mengambil serius perkara ini kerana pada masa ini kerajaan adalah pengimport dan pengedar rasmi vaksin yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” katanya Presiden MMA Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy dalam kenyataan hari ini.

Dr Subramaniam berkata semua vaksin yang ada di negara ini adalah percuma kepada orang awam dan disediakan secara eksklusif menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pada Februari lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kerajaan tidak berhasrat untuk mengkomersialkan vaksin COVID-19 di negara ini dengan membenarkan syarikat swasta menjualnya.

Beliau berkata tiada syarikat yang dilesenkan untuk menjual vaksin dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang akan membekal vaksin ke seluruh hospital termasuk hospital swasta, yang akan diberi secara percuma kepada orang ramai.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
September 28, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
PRN Melaka: KKM sudah sediakan SOP
October 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok