Misi HM4P kunjungi empat kem pelarian Palestin salur bantuan

June 22, 2021 · Isu semasa

Oleh Hiekal Rosli
Jurugambar Agenda Daily yang turut serta dalam HM4P

Misi Humanitarian Mission 4 Palestin (HM4P) anjuran Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) mengunjungi empat kem pelarian di Jordan bagi menyampaikan bantuan makanan dan keperluan asas kepada lebih 1,000 keluarga Palestin semalam.

Pengerusi BKUM yang mengetuai HM4P, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyampaikan bantuan itu di kem pelarian Al-Baqa’a; al-Rusaifah; Hitthin; dan Wahadad yang terletak di sekitar ibu negara Jordan itu.

Sumbangan bekalan makanan dan keperluan harian itu mencukupi untuk tempoh sebulan bagi sesebuah keluarga pelarian itu. Ia diagihkan dengan kerjasama Lajnah Zakat Jordan di Al-Baqa’a yang diwakili Hashim Muhammad Al-Titi.

Hadir sama Timbalan Pengerusi BKUM merangkap Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.

Kem Pelarian Palestin Al-Baqa’a antara paling padat di Amman dengan populasi lebih 200,000 penghuni yang majoritinya melarikan diri dari wilayah konflik itu pada 1948 selepas pembentukan negara haram Israel.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling berharap sumbangan itu akan meringankan beban pelarian Palestin, termasuk ibu tunggal dan warga emas, ketika mereka turut berdepan kesulitan akibat pandemik Covid-19.

“Kita agihkan 1,000 pek makanan dan barangan keperluan ini di empat kem pelarian sasaran. Oleh kerana mematuhi SOP Covid-19, maka proses agihan hanya dilakukan di Kem Al-Baqa’a dan bantuan selebihnya akan disalurkan Lajnah Zakat Jordan,” katanya.

Pelarian Palestin yang juga ibu tunggal, Nazwa al-Anali dari Khalel, 50, berterima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sumbangan itu yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban pelarian Palestin di Jordan.

“Semoga bantuan ini bermanfaat untuk semua kerana keadaan sekarang tidak bagus. Insha-Allah,” katanya dilahirkan di Kem Al-Baqa’a pada 1971 selepas ibu bapanya diusir dari tanah Palestin pada 1948 oleh rejim Zionis Israel.

Statistik Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) menyatakan terdapat lebih dua juta pelarian Palestin berdaftar dengan badan dunia itu dan menerima bantuan langsung untuk kelangsungan hidup.

Abdul Azeez yang mengetuai anggota HM4P yang turut disertai jurugambar Agenda Daily, Hiekal Rosli, tiba di Jordan sejak Sabtu lalu sebelum bertolak ke Kaherah hari ini untuk bergabung dengan anggota misi HM4P di Mesir.

Mereka dijangka memasuki Semenanjung Gaza minggu ini, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Mesir.

Media melaporkan Mesir akan memudahkan laluan ke Semenanjung Gaza menerusi pintu sempadan di Rafah, kepada pertubuhan bukan kerajaan Malaysia, selepas perbincangan antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden Mesir Abdel Fatah al-Sisi selain usaha yang digerakkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan rakat sejawatnya di Kaherah.

Misi HM4P selama dua minggu bermula 19 Jun lalu bertujuan menyatakan solidariti rakyat Malaysia kepada warga Palestin selain menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan warga Palestin terjejas di Semenanjung Gaza yang diserang tentera Israel bulan lalu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
7 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
7 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok