MCA, MIC tolak gesaan Zahid beri tempoh 14 hari

June 21, 2021 · Isu semasa

Dua parti sekutu UMNO dalam Barisan Nasional (BN) menolak gesaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan supaya mengadakan sidang Dewan Rakyat.

Kedua-duanya MCA dan MIC tidak mahu terlibat memberi sebarang tempoh susulan kontroversi tafsiran ‘secepat mungkin’ sebagaimana dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

Presiden MIC SA Vigneswaran sebaliknya menyerahkan kepada kerajaan untuk memanggil sidang Dewan Rakyat berdasarkan situasi munasabah.

Memetik laporan FMT beliau berkata Yang di-Pertuan Agong menyatakan kerajaan perlu mengadakan sidang Dewan Rakyat secepat mungkin berdasarkan situasi yang munasabah.

“Maka terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan dalam masa terdekat. Itu keputusan UMNO bukan BN, jadi terpulang kepada UMNO. Kita MIC tidak (beri tempoh),” katanya. ,” katanya.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon pula menyerahkan kepada kerajaan untuk menentukan tarikh sidang Parlimen tetapi perlu berlandaskan undang-undang.

“Proses pemanggilan persidangan Parlimen perlukan notis (28 hari) kepada semua Ahli Parlimen untuk menghantar soalan dan seterusnya kementerian berkaitan menyediakan jawapan, selain sesi soal jawab dan ‘Minister Question Time’ semasa berlangsungnya sesi Parlimen,” katanya dipetik dari FMT.

Katanya, darurat berakhir 1 Ogos dan Parlimen boleh dipanggil bersidang mengikut undang-undang sedia ada.

Kedua-dua parti itu menegaskan pendirian mereka menjunjung titah Agong.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong bertitah sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara selepas meneliti pandangan pemimpin parti politik dan taklimat pakar yang dipanggil menghadap minggu lepas.

Terdahulu Presiden UMNO itu memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan supaya mengadakan sidang Dewan Rakyat. Kegagalan berbuat demikian akan mendorong UMNO mengadakan mesyuarat khas majlis tertinggi bagi mencari tindakan sewajarnya.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Zahid menggunakan alasan penderhakaan sebagai langkah untuk menghalalkan keputusan MT nanti bagi memberi tekanan kepada kumpulan Menteri dan Timbalan Menteri supaya patuh dengan keputusan parti.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok