Tiga beradik daki bukit setiap hari cari isyarat internat untuk PdPR

June 20, 2021 · Isu semasa

Tiga beradik, berbekalkan semangat kecemerlangan kakak mereka yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sanggup mendaki bukit hampir setiap hari mendapatkan isyarat perkhidmatan internet untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Tiga beradik berkenaan Dona Fiona David, 17, Richie Declare, 11 dan Falesia Brisha, 7, akan memulakan perjalanan kaki seawal jam 7 pagi ke kawasan bukit yang terletak kira-kira dua kilometer dari kampung mereka di Kopozon Gana di Papar, Sabah, semata-mata untuk mendapatkan isyarat perkhidmatan internet.

Mereka kebiasaannya memulakan PdPR seawal jam 8 pagi, dan mereka nekad untuk melakukan terbaik bagi menjejaki langkah kakak mereka Debra Penny David, 18, yang memperoleh keputusan 7A dalam SPM baru-baru ini.

Memetik laporan Bernama, Dona Fiona berkata mereka tiga beradik kebiasaannya akan ditemani bapa mereka, David Lamaris, 57, dan ibu Rosalia Onlon, 46, serta menghabiskan masa sehingga lewat petang sekiranya cuaca baik untuk menghantar kerja sekolah.

“Rasa putus asa memang ada, rasa macam saya malas sudah mahu ikut PdPR tapi lepas saya nampak keputusan kakak, saya pun rasa mahu macam dorang, kalau setiap kali PdPR kami mesti naik di sini untuk hantar tugasan paling kurang satu minggu tiga kali,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Rosalia berkata anak-anaknya terpaksa untuk ke bukit berkenaan kerana hanya kawasan itu mempunyai isyarat internet yang baik.

“Memang di sini saja yang ada isyarat internet, mula-mula kami penoreh getah di sini…jadi kami suka-suka tengok macam mencari-cari line…tiba-tiba di sini ada isyarat penuh…jadi dorang berfikir mahu belajar di sini, sebab itulah kami buka pondok, dahulu kami menoreh getah tiada pondok,” katanya.

Manakala David berkata disebabkan hanya bukit berkenaan mempunyai isyarat internet yang baik, mereka telah membersihkan kawasan itu, malah lebih ramai pelajar lain di kampung itu yang datang ke sini untuk mengikuti PdPR.

“Budak-budak ramai datang ke bukit berkenaan sejak PKP pertama kerana bukit berkenaan mempunyai isyarat internet yang baik dan ia berlarutan sehingga hari ini,” katanya.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
20 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok