[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000

Angka baharu jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi mencanak naik melebihi paras 13,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, 13,215 kes dilaporkan dalam tempoh itu menjadikan keseluruhan 880,782 kes kumulatif.

Ini adalah hari ketiga berturut-turut jangkitan meningkat di seluruh. Semalam negara merekodkan jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam sebanyak 11,618 kes, manakala pada Selasa (11,079 kes).

Katanya Selangor terus mencatat kes tertinggi sebanyak 6,120 diikuti Negeri Sembilan (1,603 kes), dan Kuala Lumpur dengan 1,499 kes .

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, 10 negeri merekodkan peningkatan kes berbanding jumlah yang dicatatkan semalam.

Sepuluh negeri terbabit ialah Selangor; Sarawak; Sabah; Pulau Pinang; Perak; Negeri Sembilan; Kelantan, Kedah, Johor, dan Putrajaya.

BERITA BERKAIT
POPULAR