Ekonomi Malaysia dijangka pulih susulan Pelan Pemulihan Negara

June 16, 2021 · Isu semasa

Firma penyelidik, Kenanga Research yakin ekonomi negara pulih beransur-ansur ketika negara mula beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Julai dan Ogos dan fasa ketiga pada September dan Oktober.

Dengan keyakinan lebih banyak sektor dibenarkan menyambung semula operasi, firma penyelidikan itu berkata ekonomi dijangka terus disokong oleh industri pembuatan terutama daripada sektor eksport memandangkan permintaan luar yang berterusan.

Selain itu, kebanyakan subsektor utama (eletrik dan elektronik, sarung tangan getah) dibenarkan beroperasi walaupun pada kapasiti yang berkurangan.

“Walaupun sektor runcit kekal berada dalam tekanan dalam tempoh terdekat ini berikutan sekatan pergerakan dan penutupan operasi kedai-kedai bukan penting, impaknya dijangka tidaklah begitu teruk apabila pengguna dan perniagaan telahpun lebih bersiap sedia dengan peralihan kepada platform jualan dalam talian,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Memetik laporan Bernama, Kenanga Research juga berkata program vaksinasi Covid-19 yang semakin giat dijalankan sekarang juga merupakan faktor utama dalam pelan tindakan pembukaan semula ekonomi Malaysia.

Pada 15 Jun, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PPN, strategi keluar daripada krisis Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berfasa, yang akan dilaksanakan dari Jun hingga Disember 2021.

“Yang penting adalah hakikat ia mengambil kira purata kes harian jangkitan dan peratusan daripada penduduk yang telah menerima vaksin sebagai kayu pengukur untuk menilai kemajuan,” katanya.

Ini akan membantu memastikan pemulihan jangka panjang dengan memberi keutamaan untuk mencapai imuniti kelompok negara, di samping juga melindungi kesihatan awam.

“Bagaimanapun, impak ekonomi daripada sekatan pergerakan yang berterusan adalah besar dengan perdana menteri menyatakan bahawa PKP 3.0 sekarang menyebabkan negara kerugian RM1.0 bilion sehari.

“Namun begitu, pakej fiskal PEMERKASA Tambahan bernilai RM40 bilion dan sasaran untuk meluaskan pembukaan semula ekonomi seawal Julai sepatutnya membantu membendung impak negatif ke atas pemulihan ekonomi Malaysia,” katanya.

Kenanga Research berkata ia mengekalkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) antara 5-6 peratus meskipun pengumuman pelan pemulihan tersebut.

“Setakat ini, kerajaan telah mengumumkan suntikan fiskal langsung bernilai RM71 bilion (4.6 peratus daripada KDNK) daripada sejumlah RM368.6 bilion (25.7 peratus daripada KDNK) pakej rangsangan sejak pandemik itu melanda tahun lepas,” katanya.

Akhir sekali, ia berpandangan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia mungkin terjejas oleh kemungkinan pergolakan politik tempatan memandangkan parlimen mungkin bersidang semula pada September atau Oktober, sekiranya situasi Covid-19 terkawal.

“Seterusnya, sekiranya situasi politik memburuk ia mungkin akan menjejaskan pembentangan Belanjawan 2022 negara,” kata firma penyelidikan itu.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok