6 September dengar rayuan Azeez batal 13 pertuduhan

June 8, 2021 · Isu semasa

Rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 6 September.

Memetik Bernama, tarikh rayuan itu disahkan oleh peguamnya Amer Hamzah Arshad, hari ini.

Pengurusan kes berhubung perkara itu didengar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron.

Pada 12 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan  Azeez untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan sedemikian selepas mendapati kesemua pertuduhan itu tidak cacat dan berlandaskan peruntukan undang-undang.

Azeez, 54, yang juga Ahli Parlimen Baling, memperoleh perintah dari Mahkamah Tinggi untuk menangguhkan perbicaraan kesnya di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu.

Beliau menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Selain itu, Azeez juga menghadapi 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah keseluruhan RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur pada 8 Dis 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018, manakala kesalahan pengubahan wang haram dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Abang kepada Azeez, Datuk Abdul Latif, yang pada mulanya didakwa atas dua pertuduhan bersubahat dengan adiknya, didakwa menerima RM4 juta sebagai upah membantu syarikat Menuju Asas mendapatkan projek jalan raya secara tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya.

Abdul Latif, 63, dilepaskan tanpa dibebaskan pada Februari selepas pihak pendakwaan mengemukakan permohonan.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok