Kerjasama PKR-UMNO, gabungan pembangkang Sabah bakal berpecah

June 7, 2021 · Politik

Langkah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha untuk memastikan kerjasama dengan UMNO tercapai akan menjadi punca kepada perpecahan gabungan pembangkang di Sabah yang dilihat tidak selesa dengan rancangan tersebut.

Malah, kongres yang berlangsung baru-baru ini sudah memberi isyarat jelas PKR akan menolak Warisan susulan gesaan pemimpin akar umbi mereka yang mahu menamatkan hubungan kerjasama politik antara kedua-dua politik.

Dalam pada itu, hubungan PKR Sabah dengan Warisan juga sebenarnya sudah retak menanti belah dan usaha Anwar untuk meneruskan rancangan bekerjasama dengan UMNO walaupun tidak dinyatakan secara berterus-terang menambahkan lagi barah persengketaan antara kedua-dua parti.

Sejauh mana penerimaan UMNO Sabah terhadap rancangan kerjasama dengan PKR masih menjadi tanda tanya apabila mereka belum menunjukkan sikap kesediaan untuk mengikut jajaran baharu yang dicanang oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Berbeza dengan senario politik di Semenanjung, UMNO Sabah diberikan autonomi dan kuasa untuk menentukan hala tuju politik mereka tanpa perlu mengikut telunjuk pimpinan pusat.

Bagaimanapun, Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman memberitahu Agenda Daily realitinya Warisan sudah tidak lagi berada dalam Pakatan Harapan (PH) Plus sejak Anwar berusaha untuk menjalinkan kerjasama dengan Kluster Mahkamah UMNO.

“Terpulang kepada akar umbi PKR kerana realitinya juga Warisan sudah tidak berada dalam PH Plus. Kita telah pun menjadi PH Minus sejak Anwar secara terbuka ingin berkerjasama dengan Kluster Mahkamah UMNO,” katanya.

Bagaimanapun, Azis berkata rancangan untuk PKR bekerjasama dengan UMNO itu akan ditolak akar umbi dan akar umbi UMNO juga mustahil akan dapat menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri mereka.

“Jika benar prinsip yang mereka perjuangkan selama ini menjadi pegangan mereka dan bukan retorik semata-mata, maka saya tidak fikir ahli akar umbi PKR setuju dengan langkah Anwar untuk berkerjasama dengan kluster mahkamah sebagaimana ramai akar umbi UMNO juga menolak untuk berkerjasama dengan Anwar,” katanya lagi.

PH Plus di Sabah sebelum ini terbentuk daripada beberapa parti komponen pembangkang di Sabah yang terdiri Warisan, DAP, PKR dan UPKO.

Terdahulu, Kongres Nasional AMK 2020 yang berlangsung hujung minggu baru-baru ini, menjadi medan mengecam bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan para perwakilan sebagai dalang utama disebalik kejatuhan pemerintahan PH.

Seorang perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dari Sabah Wendy Agung Baruh juga menggesa supaya PKR tidak mengemis bantuan pihak lain termasuk daripada Dr Mahathir dan Warisan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok