Tak perlu sokongan MP pembangkang dalam kerajaan campuran: Mat Maslan

November 4, 2023 · Politik

UMNO tidak perlu memujuk mana-mana Ahli Parlimen pembangkang untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Kenyataan terbaharu Ahmad atau dikenali Mat Maslan sebagai respon berhubung sokongan dua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Datuk Iskandar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan) kepada Anwar baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata sokongan yang dimiliki oleh kerajaan campuran sangat kukuh dan stabil.

“Saya ingin menyatakan bahawa mana-mana pimpinan UMNO tidak melakukan pujukan kepada sesiapa pun. Kalau mereka (Ahli Parlimen pembangkang) ingin menyokong, mereka menyokonglah.

“Perdana Menteri tidak pernah menyuruh saya untuk melakukan perkara seumpama itu kerana kita adalah kerajaan yang cukup stabil serta cukup kuat dan tiada keperluan bagi pihak kerajaan untuk memancing sesiapa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Takaful Masuk Kampung, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam bahawa gabungan politik itu sedang mengumpul bukti berhubung dakwaan ugutan yang diterima oleh Ahli Parlimen pembangkang supaya menyokong Kerajaan Perpaduan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Nama anak saudara Dr Mahathir dipetik dalam perbicaraan rasuah Zahid
July 25, 2022
Perbicaraan kes saman taikun terhadap Sanusi ditetapkan 25 Oktober
August 25, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok