Nama anak saudara Dr Mahathir dipetik dalam perbicaraan rasuah Zahid

July 25, 2022 · Politik

Saksi perbicaraan kes rasuah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memetik nama anak saudara bekas Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perbicaraan hari ini berhubung kes penyambungan kontrak Visa Luar Negara (VLN).

Saksi perbicaraan memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam, anak saudaranya, Tan Sri Rahmat Abu Bakar menerima RM2.6 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) semasa Dr Mahathir menjadi PM ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Semasa sesi soal siasat daripada pasukan pembelaan, bekas Pengurus Tadbir UKSB David Tan Siong Sun, yang juga saksi ke-17 memberitahu mahkamah bahawa Dr Mahathir merupakan penerima secara tidak langsung wang bernilai RM2.6 juta bagi tujuan pembiayaan politik melalui anak saudaranya tersebut.

Tan mengesahkan catatan dibuatnya dalam lejar dimilikinya untuk tujuan merekodkan setiap pembayaran tunai yang dibuat UKSB kepada ahli politik, kakitangan kerajaan dan Ahmad Zahid sendiri ketika disoal balas oleh peguam bela Datuk Ahmad Zaidi Zainal.

Tan merujuk Rahmat sebagai “Kedahan” dalam lejarnya, yang ditunjukkan kepada mahkamah hari ini.

Transkrip soal balas dalam mahkamah yang dipetik daripada portal MalayMail seperti dibawah:

Ahmad Zaidi: Kita mulakan dengan nama Kedahan, siapa dia?

Tan: Dia Tan Sri Rahmat. Anak saudara kepada Tun Dr Mahathir.

Ahmad Zaidi: RM2.6 juta dibuat kepada Tan Sri Rahmat?

Tan: Ya, betul.

Ahmad Zaidi: Kenapa RM2.6 juta dibayar kepada Tan Sri Rahmat?

Tan: Untuk Dr Mahathir dan Bersatu. Saya percaya ia adalah untuk dana politik.

Dr Mahathir merupakanPengerusi Bersatu sejak penubuhan parti itu pada 2016 sehingga Februari 2020.

Mengikut fakta kes, UKSB memeterai beberapa perjanjian dengan kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri bagi perkhidmatan kemudahan sistem VLN dengan mengendalikan beberapa Pusat Setempat (OSC) di China mulai 2012.

Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasminya.

Presiden UMNO itu didakwa melakukan semua perbuatan berkenaan di Seri Satria di Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
[KEMAS KINI] SPRM, polis siasat surat akujanji sokong Zahid jadi PM
November 3, 2022
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
15 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok