Mahkamah kekalkan keputusan Najib dan anak perlu bayar cukai RM1.7 bilion

October 16, 2023 · Isu semasa

Rayuan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Nazifuddin Najib ditolak Mahkamah Persekutuan hari ini dan mengekalkan keputusan supaya kedua-dua mereka menyelesaikan kira-kira RM1.7 bilion cukai pendapatan yang belum dibayar kepada kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Susulan keputusan tersebut, Najib yang sedang meringkuk dalam penjara bersama anaknya perlu menyelesaikan jumlah hutang cukai tertunggak tersebut.

Hakim, Nallini Pathmanathan, berkata “prinsip bayar dahulu, berbincang kemudian” tetap berkuat kuasa dan sesiapa yang berhutang kepada LHDN, mesti menyelesaikan jumlah tertunggak sebelum merayu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.

“Mengutip cukai adalah fungsi berdaulat kerajaan,” katanya dalam keputusan sebulat suara panel lima hakim, seperti dilaporkan portal FMT.

Beliau dilaporkan berkata, Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan diwartakan Parlimen membolehkan pemulihan cukai secara tepat pada masanya dan bukan menangguhkannya.

Nallini berkata, bahawa Seksyen 106(3) adalah berperlembagaan kerana ia tidak melanggar Perkara 5, 8 dan 121 Perlembagaan Persekutuan.

Najib dan Nazifuddin mendakwa bahawa penghakiman terus yang diperoleh terhadap mereka menafikan hak mereka kepada perbicaraan yang adil, kesamarataan di bawah undang-undang, dan menjadikan badan kehakiman untuk mengesahkan keputusan tersebut.

Pada 2020, dua Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN memasukkan penghakiman terus, bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Najib dan Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada September tahun lalu, bagi mengetepikan penghakiman terus itu.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Harga barang naik, amalkan langkah bijak berbelanja
December 10, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok