Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion

October 3, 2023 · Isu semasa

Kerajaan campuran hanya membayar RM405 juta kepada kerajaan negeri Terengganu daripada hasil petroleum pada tahun ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Berbeza pada tahun lalu, Menteri Besar Terengganu itu memberitahu mereka menerima sejumlah RM1.393 bilion daripada Kementerian Kewangan semasa era kerajaan terdahulu dan jauh lebih banyak daripada jumlah yang dibayar kerajaan campuran menerusi Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP).

Jelasnya, jumlah hasil diterima tahun ini berbeza berbanding anggaran DKKP dalam Belanjawan 2023 berjumlah RM1.5 bilion.

Beliau berkata, ia membabitkan enam kali pembayaran iaitu RM50 juta (30 Mac), RM100 juta (18 Mei), RM50 juta (14 Jun), RM109 juta (14 Jun-bagi tujuan pembayaran Projek Bekalan Air Kuala Terengganu Utara), RM41 juta (1 Ogos) dan RM55 juta (21 Ogos).

“Ini adalah berbeza dengan anggaran penerimaan dalam Belanjawaan Kerajaan Negeri 2023 yang dibentangkan pada tahun lalu iaitu sejumlah RM1.5 bilion,” katanya menjawab soalan lisan Hilmi Harun (PAS-Manir) ketika Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri ke-15 di Wisma Darul Iman hari ini.

Ketika menjawab soalan lisan Khazan Che Mat (BERSATU-Seberang Takir) berkaitan jumlah lima peratus hasil petroleum yang diterima kerajaan negeri tahun lalu, Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ru Rendang berkata, kerajaan negeri menerima sejumlah RM1.393 bilion daripada Kementerian Kewangan.

“Jumlah lima peratus hasil petroleum yang sepatutnya dibayar kepada Kerajaan Terengganu oleh PETRONAS sudah dibayar terus kepada Kementerian Kewangan dan diperakaunkan di bawah Akaun Amanah Dana Khas Kerajaan Persekutuan Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957.

“Akaun amanah berkenaan dikawal selia oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan di bawah Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan,” katanya.

Samsuri berkata, kerajaan negeri juga menambah baik dan meminda bayaran di bawah hasil cukai seperti cukai tanah, galian, parit dan tali air, hasil hutan, royalti dan cukai hiburan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap royalti petroleum.

“Berdasarkan kepada Belanjawan Negeri 2023, rancangan kerajaan negeri bagi menjana punca pendapatan baharu negeri supaya tidak terlalu bergantung kepada pendapatan dari wang ehsan adalah dengan merangka dan melaksana pelan strategik penjanaan pendapatan baharu Terengganu.

“Ia merangkumi kajian semula hasil cukai dan hasil bukan cukai, pulangan balik pendapatan dalam bentuk tunai daripada badan berkanun negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sumber galian, sumber bahan batuan, sumber air, fi pelancongan dan rekreasi serta sumber alam sekitar,” katanya.

Samsuri menjawab soalan lisan Ir Saiful Azmi Suhaili (PAS-Kemasik) dan Zaharudin Zahid (PAS-Bukit Tunggal) berkenaan usaha kerajaan negeri dalam menjana pendapatan baharu bagi mengurangkan kebergantungan kepada royalti petroleum.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Baki pinjaman hutang UDA ditukar selepas diluluskan Parlimen
April 4, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok