Polis siasat video tular lelaki imamkan bacaan doa semasa upacara agama lain

August 26, 2023 · Isu semasa

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan berhubung video tular memaparkan seorang lelaki dipercayai beragama Islam yang mengimamkan bacaan doa pada satu majlis yang disertai upacara keagamaan lain.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata siasatan dijalankan setelah satu laporan diterima pihaknya pada Selasa lepas, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi menjamin kelancaran siasatan unit berkenaan, menurut laporan polis.

“Saya tidak mahu membuat kenyataan awal sebab USJT yang siasat. Mereka akan mengeluarkan sebarang maklumat (berhubung siasatan),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Beliau turut menasihati orang awam agar tidak terlalu pantas membuat andaian dan menyebarkan sesuatu perkara tanpa mengetahui kebenaran di sebalik sesuatu kejadian serta menyemak dahulu kerana apabila tular, kesannya adalah besar dan sukar ditarik balik.

Terdahulu, insiden yang dikongsi melalui video berdurasi kira-kira 57 minit itu dikatakan berlaku ketika majlis pecah tanah bangunan baharu sebuah parti politik di ibu negara dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi sebuah kenyataan pada Rabu lepas turut memaklumkan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung video tular berkenaan.

Pada masa sama, Allaudeen berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengambil tindakan menutup premis menjual pakaian di Bukit Bintang, di sini yang menganjurkan acara tarian gelek “separuh bogel” yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
OPR naik lagi, MP kerajaan tuntut Anwar, Rafizi beri penjelasan
May 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok