OPR naik lagi, MP kerajaan tuntut Anwar, Rafizi beri penjelasan

May 6, 2023 · Isu semasa

Seorang ahli Parlimen blok kerajaan menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberi penjelasan berkait kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang sebelum ini dinafikan.

Ahli Parlimen PKR, Hassan Abdul Karim berkata golongan B40 dan M40 paling teruk terjejas susulan kenaikan itu dalam keadaan di mana mereka sudah pun menghadapi masalah kewangan serta ekonomi hari ini.

“Saya harap Rafizi sebagai Menteri Ekonomi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan perlu jelaskan kepada rakyat tentang kenaikkan kadar OPR ini.

“Rafizi dan Anwar tentu bersetuju dengan saya bahawa golongan B40 dan M40 paling terkesan teruk dengan kenaikan Kadar OPR yang terbaru ini. B40 dan M40 merupakan 80 peratus rakyat Malaysia. Mereka menghadapi masalah kewangan dan ekonomi sekarang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rabu lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kadar dasar semalaman (OPR) meningkat 25 mata perpuluhan kepada 3 peratus.

OPR dinaikkan empat kali berturut-turut sejak Mei, Julai, September dan November tahun lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan kemarahan terhadap laporan Berita Harian memetik penganalisis yang menjangkakan OPR akan naik dalam beberapa bulan ini.

Laporan itu antara lain menyebut penganalisis menjangkakan BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata peratusan seawal Julai ini.

Fahmi menyifatkan laporan tersebut sebagai fitnah dan mahu Berita Harian membetul dan menjelaskan selain beliau mengumumkan akan berjumpa dengan pengurusan akhbar itu.

Tindakannya itu nyata mendapat perhatian warga net yang tidak bersetuju dengan perlakuan tersebut dan Ahli Parlimen PKR itu teruk dikritik netizen.

Namun apabila kadar OPR itu diumumkan kadar asas tersebut naik 25 mata asas atau 3 peratus, Sinar Harian melaporkan Fahmi enggan mengulasnya ketika ditanya pada satu sidang akhbar.

Sementara itu, Hassan yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata kerajaan perlu memberi penjelasan bagi mengelakkan ditempelak rakyat terutama menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, tidak lama lagi.

“Jadi saya tidak mahu rakyat jelata sekarang yang di enam negeri di Semenanjung akan berdepan dengan pilihan raya negeri menempelak kerajaan perpaduan dan kerajaan Madani sekarang dengan pertanyaan sinikal mereka iaitu adakah OPR ini boleh ditafsirkan sebagai Operasi Peras Rakyat,” katanya.

Katanya lagi meskipun BNM menaikkan OPR kerana melihat kepentingan ekonomi makro di Malaysia bagi jangka panjang namun bank pusat itu perlu bergerak seiring dengan usaha kerajaan hari ini

“…kerajaan sekarang pimpinan Anwar Ibrahim sedang berusaha untuk membantu ekonomi majoriti rakyat yang sedang bergelut untuk hidup berdepan dengan krisis kos sara hidup yang parah,” ujarnya.

Berita berkaitan
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
49 minit lalu· Politik
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
1 jam lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
2 jam lalu· Politik
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
17 jam lalu· Isu semasa
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
1 jam lalu · Isu semasa
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
16 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
16 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
17 jam lalu · Isu semasa
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok