Jangan hina pakaian Nabi, amaran PAS kepada DAP

August 11, 2023 · Politik

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran kepada DAP agar pakaian Nabi dan orang Islam tidak dihina.

Beliau menggesa pihak berkuasa segera bertindak terhadap ahli DAP yang tular semalam apabila mengeluarkan kenyataan menghina serban yang dipakai umat Islam.

“DAP menyerang PAS, menakutkan pengundi Cina kononnya gelombang ini gelombang mereka yang pakai serban. Saya ingatkan, gelombang ini adalah gelombang untuk memerdekakan rakyat bukan menindas rakyat. Gelombang mengangkat kebenaran bukan menambah kebatilan dan pembohongan.

“Jangan hina pakaian nabi SAW, jangan hina pakaian umat Islam. Ini merupakan suatu penghinaan. Saya minta pihak berwajib, pihak keselamatan perlu bertindak tegas terhadap elemen ini supaya jangan bangkitkan kemarahan umat Islam terhadap kenyataan beliau,” katanya ketika berucap pada ceramah Grand Finale Perikatan Nasional (PN) Selangor Bangkit Gemilang di Taman Melawati, malam ini.

Semalam, tular video seorang sarat dengan makian dalam bahasa Cina pada satu majlis anjuran DAP di Selangor yang kemudiannya disahkan tulen oleh Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.

Dalam video itu, seorang individu yang tidak dinamakan memakai jaket Pakatan Harapan (PH) berwarna merah memberi amaran kepada orang ramai tentang “parti serban”, merujuk kepada PAS, yang kebanyakan pemimpin tertinggi parti itu mengenakan penutup kepala bagi orang Islam.

“Ini muncul satu lagi panggil apa, parti serban, gelombang hijau ada tak? Sekarang dahlah susah, keluar pula parti serban yang lagi jahanam, betul tak? Yang semua orang takut itu, sekali sebut teringat kena potong kemaluan,” kata lelaki itu.

Selepas beberapa kali mencerca ‘serban’, lelaki tersebut berkata: “Kalau mereka menang besar, kita ni memang akan jadi jahanam, jahanam ditambah jahanam!”

Sementara itu dalam ucapan sama, Tuan Ibrahim menyeru penyokong PN agar mengangkat tangan ala Menteri Besar Kedah di luar petak undi, pada hari pengundian.

“Tuan-tuan, esok tugas tuan-tuan hanya satu. Terjemahkan kehadiran malam ini di peti undi esok, insya-Allah. Kita tidak akan menang jika hanya dengan himpunan kalau tidak diterjemahkan dalam petak undi.

“Esok pergi ke tempat mengundi masing-masing, tuan-tuan dilarang bawa lambang parti-parti politik tetapi ada tangan yang perlu dibawa untuk pastikan kita guna sepenuhnya untuk memangkah dan keluar petak undi angkat tangan sebagai tanda lawan. Gelombang ini sudah tidak boleh disekat lagi,” katanya.

Malah Tuan Ibrahim juga membenarkan penyokong PN mengambil bendera Perikatan Nasional yang terdapat di sepanjang jalan untuk dikibarkan esok bagi meraikan kemenangan gabungan itu di enam negeri.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
UMNO tak tuntut RM114 juta, Zahidi desak penjelasan MT UMNO
June 2, 2021
‘Rafizi buta sejarah, PH menang PRU-14 kerana Bersatu juga’
August 30, 2022
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok