DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’

August 11, 2023 · Politik

Video tular seorang lelaki sarat dengan makian dalam bahasa Cina pada satu majlis anjuran DAP di Selangor semalam adalah tulen, ia disahkan secara tidak langsung oleh Anthony Loke.

Setiausaha Agung DAP itu berkata lelaki yang mengucapkan kata sarat makian itu hanya ahli biasa dalam parti dan mendakwa video itu dimainkan semula dengan tujuan mengganggu momentum Pakatan Harapan (PH)-UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Tegasnya, ucapan itu disampaikan oleh “ahli biasa DAP dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti”.

“Saya menyeru semua penyokong PH dan BN tidak terpengaruh dengan klip video tersebut yang tidak sama sekali mewakili akhlak dan pendirian DAP,” kata Loke sambil menambah bahawa beliau mengarahkan keahlian lelaki tersebut digantung.

Satu klip video ucapan sarat dengan makian dalam bahasa Cina pada satu majlis anjuran DAP di Selangor yang turut dihadiri pemimpin tertinggi parti termasuk Loke menjadi tular di platform media sosial, dengan ribuan komen mengecamnya kerana melemparkan kata-kata berbaur perkauman dan menghina PAS serta pembangkang Melayu ketika ini.

Video berdurasi dua minit itu, yang mendapat tontonan hampir setengah juta di TikTok sahaja dalam tempoh kurang 24 jam sejak ia dimuat naik lewat petang semalam, dirakam pada 10 Jun tahun ini ketika majlis makan malam kutipan dana DAP di Balakong, sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bangi di Selangor.

Dalam video itu, seorang individu yang tidak dinamakan memakai jaket Pakatan Harapan (PH) berwarna merah memberi amaran kepada orang ramai tentang “parti serban”, merujuk kepada PAS, yang kebanyakan pemimpin tertinggi parti itu mengenakan penutup kepala bagi orang Islam.

“Ni muncul satu lagi panggil apa, parti serban, gelombang hijau ada tak? Sekarang dahlah susah, keluar pula parti serban yang lagi jahanam, betul tak?

“Yang semua orang takut tu, sekali sebut teringat kena potong kemaluan,” kata lelaki itu.

Selepas beberapa kali mencerca “pesta serban”, lelaki tersebut berkata: “Kalau mereka menang besar, kita ni memang akan jadi jahanam, jahanam ditambah jahanam!”

Beliau berkata ramai pihak termasuk Umno telah menuntut permohonan maaf daripada DAP.

“Mereka ingat kita roket (DAP) ini senang nak buli. Betul tak? Kita roket tak takut mereka. Kita tak pernah takut. Semua faham tak?

“Betul mereka datang tuntut mohon maaf. Umno keluar tuntut daripada kita. Yang lagi kelakarnya, MCA tuntut juga,” katanya, dipercayai merujuk kepada Naib Presiden MCA Ti Lian Ker yang mana pada Jun lalu beliau menggesa DAP supaya memohon maaf kepada partinya atas tuduhan masa lalu kerana melabel MCA sebagai pengkhianat kaum Cina.

“P*i*ak ni panggil apa? Ini nak kena f** ni.”

Meneruskan cemuhannya dengan kata-kata kesat, lelaki tersebut berkata DAP tidak salah dalam menentang musuhnya pada masa lalu.

“Buat sampai Malaysia sebegini mundur. Semuanya kerana mereka,” katanya merujuk kepada UMNO.

Acara itu diadakan di sebuah restoran Cina di Cheras sebagai sebahagian daripada siri kutipan derma untuk pilihan raya negeri sebelum pembubaran DUN Selangor.

Selain Loke, yang juga menteri pengangkutan, pemimpin kanan DAP lain yang berucap pada majlis itu termasuk Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim, serta Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan.

Berita berkaitan
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
3 jam lalu· Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
6 jam lalu· Isu semasa
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
21 jam lalu· Isu semasa
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
3 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
6 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok