Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan

June 10, 2023 · Isu semasa

Tiada lagi tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi tetapi bagi yang sedang menerimanya akan diteruskan sehingga 2027.

Menurut jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah tersebut diambil ekoran bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai tahun 2026 hingga 2030.

Jelasnya, Laporan Petunjuk Kesihatan 2022 melaporkan pencapaian nisbah jumlah keperluan tenaga kerja perubatan seluruh negara kepada jumlah populasi penduduk sehingga Disember 2021 adalah 1:420 dan dijangkakan nisbah 1:400 akan dapat dicapai pada 2025.

Katanya, bekalan pegawai perubatan pada tahun 2021 dicatatkan berjumlah 72,812, berbanding permintaan iaitu berjumlah 70,721.

“Bekalan pegawai pergigian dan pegawai farmasi akan memenuhi keperluan permintaan masing-masing pada tahun 2025 dan 2029.

Dalam hal ini, pelajar dalam tanggungan JPA tetap akan ditaja sehingga tahun 2027,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasik Gelugor) berhubung alasan kenapa kerajaan menghentikan penajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi:

Armizan berkata, dijangkakan seramai 1,774 pelajar perubatan tajaan JPA akan menerima pengijazahan pada tahun 2023 dan diikuti oleh 69 pelajar pergigian serta 296 pelajar farmasi.

Katanya, seramai 2,029 pelajar perubatan, 68 pelajar pergigian dan 184 pelajar farmasi yang lain, akan menerima pengijazahan mulai tahun 2024 hingga 2027.

“Statistik ini bukti komitmen JPA dalam menaja pelajar walaupun akan berlakunya kebanjiran pegawai perubatan mulai tahun 2026 hingga 2030.

“Prinsip penajaan JPA menekankan penyerapan pelajar tajaan ke dalam perkhidmatan awam menamatkan pengajian dengan jayanya,” katanya.

Tambahnya, dalam hal itu, kajian yang dilaksanakan KKM mendapati terdapat kesukaran untuk menyerap keseluruhan pelajar perubatan tajaan kerajaan ke dalam perkhidmatan awam.

“Melalui langkah ini juga, JPA dapat memberikan penajaan lebih efektif kepada lebih ramai pelajar dalam bidang yang lain.

“Sebagai makluman, kos penajaan seorang pelajar perubatan adalah bersamaan dengan kos penajaan untuk 10 pelajar dalam bidang yang lain,” katanya.

Sehubungan itu, Armizan, berkata pelajar bidang perubatan boleh mendapatkan pembiayaan pengajian daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tanpa ikatan kontrak berkhidmat.

“Ini memberikan ruang dan fleksibiliti kepada pelajar perubatan dalam pemilihan institusi pekerjaan dan pelanjutan pengajian dalam bidang kepakaran pada masa akan datang,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023· Politik
Politik wang diamalkan ketika ini oleh kerajaan Anwar, bidas Wan Saiful
November 9, 2023· Politik
Popular
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok