Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS

June 8, 2023 · Isu semasa

Kerajaan Negeri Kedah menawarkan Pinjaman Pendidikan Seksyen Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) kepada anak-anak Kedah yang berkelayakan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan swasta terpilih dalam negara.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (B) berkata, segala maklumat berkaitan pinjaman ini boleh dilihat di laman web SPPNK.

“Selain itu, ada bantuan IBAKIPT yang mana pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS akan diberi bantuan RM300 secara one off, bantuan biasiswa daripada Zakat Negeri Kedah pun ada. Terdapat juga pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Mesir juga ada bantuan daripada Yayasan Islam Negeri Kedah yang akan ditaja sepenuhnya.

“Kerajaan Negeri juga ada menyediakan Tabung Tengku Mahmud yang mana tabung ini bertujuan untuk membantu khusus dalam bidang pendidikan. Banyak sebenarnya bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kedah bagi menghargai anak-anak pelajar semua,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pengumuman Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) di Maktab Mahmud Alor Setar, hari ini.

Beliau berkata lagi, setiap kejayaan yang diperoleh ini bukan hanya terletak pada usaha dan kesungguhan guru semata-mata malah dorongan dan sokongan daripada ibu bapa adalah kunci kejayaan seseorang pelajar dalam pendidikan.

“Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan atas kesungguhan dalam membantu dan menyokong setiap program yang diatur oleh pihak sekolah. Tanpa sokongan daripada ibu bapa sekalian sukar untuk pihak sekolah melaksanakan program yang direncanakan ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah mereka.

“Harapan saya semoga tuan-tuan dan puan-puan terus memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam menjadikan Maktab Mahmud Alor Setar ini dan Maktab Mahmud yang lain sebagai institusi yang berjaya melahirkan lebih ramai cendekiawan yang ternama,” ujarnya.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Sanusi kecewa projek KXP tercicir dalam Bajet 2024, gesa dipertimbang semula
October 14, 2023· Politik
Spekulasi syarikat kerajaan negeri sorok beras adalah palsu
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok