Puteri dan Wanita UMNO jemput pemimpin DAP, Pemuda kekal pendirian

June 8, 2023 · Politik

Pemimpin DAP dijemput dua sayap UMNO, Wanita dan Puteri ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 hari ini walaupun Pemuda kekal dengan pendirian tidak mengundang rakan parti politik dalam kerajaan campuran.

Semasa pembukaan persidangan Wanita UMNO pagi ini, media melaporkan kehadiran Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin.

Manakala Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2023 pula dihadiri Timbalan Ketua Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP, yang juga Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman; Ketua Srikandi Keadilan, Anetha Pillai; Ketua Wanita Muda Amanah, Nurthaqaffah Nordin.

Turut dijemput pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO itu ialah Ketua Biro Wanita Muda PBRS, Datin Stella Bolkin.

Difahamkan, Wanita dan Puteri UMNO menjemput pemimpin parti dalam kerajaan campuran ke persidangan pergerakan sayap itu.

Sabtu lalu, Barisan Exco dan Ketua Pemuda UMNO negeri sebulat suara tidak menjemput wakil mana-mana parti lain dalam Kerajaan Perpaduan ke Perhimpunan Pemuda UMNO sempena PAU2033 pada 7 dan 8 Jun ini.

Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Salleh berkata, keputusan itu dicapai menerusi undian yang telah dibuat.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
3 jam lalu· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tak perlu sambung MoU dengan pembangkang yang semakin ketakutan: Zahida
March 17, 2022
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok