Selepas titah Sultan Selangor, PMX setuju bawa isu kalimah Allah ke MKI terlebih dahulu

June 7, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju membawa isu kalimah Allah ke Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Ogos depan sebelum diangkat kepada Majlis Raja-Raja (MRR) pada Oktober ini.

Persetujuan itu dibuat susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas menerima mengadap Anwar yang menegaskan isu berhubung penggunaan kalimah Allah perlu dibincang terlebih dahulu dalam MKI.

Baginda yang merupakan Pengerusi MKI percaya, pandangan MKI  penting untuk dimajukan kepada MRR dalam menetapkan dasar muktamad berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia.

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan Persekutuan menghormati undang-undang negeri dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama negeri dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam di peringkat negeri serta peranan MRR menentukan perkara berkaitan agama Islam pada peringkat Persekutuan.

Katanya, beliau menghormati pandangan Sultan Selangor yang selari dengan keputusan Jemaah Menteri pada bulan lalu bahawa isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak lebih sesuai diperkemas dan diperjelaskan kepada MKI yang berperanan menasihati MRR.

“Justeru, kerajaan Persekutuan memperaku dan menerima pakai dasar sedia ada yang mengehadkan penggunaan kalimah Allah kepada orang Islam di Semenanjung serta kelonggaran bersyarat oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan juga akan memperkemas dasar sedia ada berdasarkan ketetapan MRR yang akan diangkat sebagai suatu dasar muktamad berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengadap Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Isu penggunaan kalimah Allah ini kembali hangat diperkatakan selepas Keenterian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu.

Keputusan kerajaan itu menerima pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Tak jawab tuduhan, tapi PM baharu saman MP Kuala Terengganu pula
December 22, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok