Peja sahkan tidak tanding PRN

June 4, 2023 · Politik

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam buah negeri tidak lama lagi.

Katanya, meskipun baru dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan ia bukan batu loncatan untuk beliau bertanding dalam PRN.

Tegasnya, tugas beliau kini hanya untuk memastikan jentera pilihan raya Bersatu dan PN dapat digerakkan dengan cekap dan berkesan.

“Saya hendak umumkan walaupun saya telah dilantik memegang jawatan Bersatu dan PN di negeri ini (Negeri Sembilan), saya boleh membuat pengakuan bahawa saya tidak akan bertanding mana-mana kerusi di keenam-enam negeri.

“Tugas saya adalah untuk menghambakan diri untuk menggerakkan jentera parti. Itu sahaja,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan di Seremban, hari ini.

Mengulas soal beliau menggantikan Datuk Eddin Syazlee Shith sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan, Peja memberitahu ia bagi melicinkan gerak kerja PRN di negeri itu.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Tambun menafikan wujud masalah antaranya dengan Eddin.

“Kami tidak mempunyai apa-apa masalah dari segi kepemimpinan di Negeri Sembilan sebelum ini.

“Namun kami melihat potensi PN untuk menawan kerajaan negeri cukup besar dan telah menetapkan agar kepimpinan pusat datang membantu jentera pilihan raya di semua kerusi DUN di negeri ini,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
Buat hantaran jelik, sebutan rayuan kes Jamal ditetapkan pada 17 Ogos
May 18, 2023
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
Negeri diperintah PAS berdepan sekatan, birokrasi Putrajaya : Hadi
May 23, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok