PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum

June 4, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan selesai membuat pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusinya, Rafiei Mustapha berkata kini mereka menanti untuk pengumuman sahaja.

“Soal kerusi sudah selesai, jadi terpulang kepada pucuk pimpinan parti komponen masing-masing memuktamadkan calon pula.

“Kami sudah bersedia lama dan menunggu DUN bubar sahaja kemudian kita mulakan kempen yang sebenar,” katanya lapor Sinar Harian.

Sebelum ini dilaporkan, bekas Ketua Badan Perhubungan Negeri Sembilan PN, Datuk Eddin Syazlee Shith memaklumkan PN negeri itu menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 19 daripada keseluruhan 36 kerusi DUN pada PRN kali ini sekali gus membolehkan PN membentuk kerajaan negeri.

Dalam pada itu ketika ditanya soal pengguguran Eddin Syazlee sebagai Pengerusi, Rafiei yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan berkata ia tidak menjejaskan perancangan dan gerak kerja yang sudah disusun serta dilaksanakan bersama sebelum ini.

“Beliau masih terlibat dalam memastikan usaha berkenaan berjalan lancar dan saya keputusan yang dibuat oleh pucuk kepemimpinan PN berhubung pertukaran jawatan itu adalah sebagai persiapan menghadapi PRN,” katanya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Dulu PH juga kata Azam Baki punca rosak institusi, kata PAS
May 13, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok