Izzah jawab spekulasi dicalonkan untuk PRN P.Pinang

May 31, 2023 · Politik

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini tampil menjawab spekulasi yang tersebar mendakwa beliau bakal dicalonkan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Beliau menepis dakwaan tersebut sambil mengingatkan pihak media yang menyebarkan berita tersebut agar lebih bertanggungjawab.

“Saya menggesa mana-mana media lebih bertanggungjawab dalam membuat laporan dan tidak mudah percaya kepada mana-mana dakwaan yang tidak berasas,” katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter, hari ini.

Beliau yang juga bekas ahli Parlimen Permatang Pauh memberitahu akan tetap komited dengan tanggungjawabnya sebagai Ketua Bersama Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang dipengerusikan Tan Sri Hassan Marican.

Pagi tadi sebuah portal melaporkan berita tersebut dengan memetik sumber yang enggan dinamakan.

Laporan sama turut mendakwa anak perdana Menteri itu akan diberikan jawatan penting sekiranya Pakatan Harapan (PH) Kembali berkuasa di negeri itu.

Satu laporan berita mendakwa Naib Presiden PKR itu akan bertanding dalam PRN Pulau Pinang dan bakal dilantik ke jawatan penting sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa.

Nurul Izzah dikatakan mampu menarik undi wanita serta meningkatkan peluang parti itu mengekalkan kerusi DUN.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Jika PM bentang bajet gula-gula, PH beri amaran akan tolak
October 4, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Nazri desak dedah status hasil siasatan klip audio Anwar-Zahid
June 24, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok