Dua saksi dicari bantu perbicaraan kes bunuh warga Indonesia

May 30, 2023 · Isu semasa

Polis sedang mengesan dua saksi penting bagi membantu perbicaraan kes bunuh seorang lelaki Indonesia pada 2018.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kedua-dua individu merupakan warganegara Indonesia iaitu Syamsiah Ismail dengan alamat terakhir di No 2 Jalan Tasik Indah, Off Jalan Ipoh, Sentul dan Bahari Hasan beralamat terakhir di Town Centre Taman Desa, Jalan Klang Lama, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata mereka diminta hadir semasa perbicaraan kes itu pada 6, 7, 13 dan 14 Jun ini di Mahkamah Sesyen Kajang sebagai saksi pendakwaan.

“Pada 22 Ogos 2018, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima satu laporan berkaitan kematian seorang lelaki warganegara Indonesia di Hospital Kajang. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek yang terlibat telah ditangkap dan dituduh di mahkamah,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil menyalurkannya kepada pihak polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes ASP Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854 100.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Jemaah pulang umrah cetus kluster baharu di Sabah
December 22, 2021
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
15 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
15 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok