LIMA: Dr Mahathir terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

May 27, 2023 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat bagi Anugerah Maritim dan Aerorangkasa Global IBR 2023.

Anugerah itu diberikan untuk menghargai individu yang berdedikasi dalam mempromosikan industri aeroangkasa dan maritim serta telah membantu sektor ini ke tahap lebih tinggi sekali gus memberi manfaat kepada rakyat dan negara, menurut laporan Bernama.

Ia dianugerahkan buat julung kalinya sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ‘23).

Dr Mahathir ketika ditemui pemberita selepas majlis di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) malam tadi berkata anugerah itu merupakan satu galakan kepada semua pemain industri aeroangkasa dan maritim untuk melakukan yang lebih baik dalam mempromosikan industri tersebut.

Ditanya mengenai LIMA ‘23 yang bermula Selasa lepas dan bakal berakhir esok, beliau berkata penganjuran kali ini adalah baik dan lebih ramai pihak menyertai pameran pada edisi ke-16 acara itu.

LIMA yang diadakan sejak 1991 merupakan cetusan idea bekas Perdana Menteri itu.

“Saya percaya LIMA akan kekal dan harap Kerajaan Malaysia meneruskan penganjuran acara dwitahunan ini,” katanya.

Dr Mahathir juga berkata industri aeroangkasa serta maritim berkembang dengan baik dan penganjuran LIMA dapat memberi peluang kepada pempamer untuk mempromosikan produk mereka.

Beliau melihat penganjuran LIMA turut membantu sektor pelancongan dengan kemasukan delegasi asing ke negara ini.

Berita berkaitan
MINDEF dibidas PAC ekoran perjanjian dimerterai tanpa persetujuan AGC
October 9, 2023· Isu semasa
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023· Politik
Dedahkan dokumen perjanjian maritim dengan Indonesia, kata PN Sabah
August 20, 2023· Isu semasa
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023· Politik
Popular
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
18 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok