Jika Onn masih hidup, pemimpin UMNO seru undi DAP dah kena tampar

May 23, 2023 · Politik

Pengasas UMNO, Allahyarham Datuk Onn Jaafar akan menampar muka pemimpin parti Melayu itu yang menyeru supaya akar umbinya mengundi DAP sekiranya beliau masih hidup, kata pemerhati politik.

Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang juga pendakwah bebas berkata pemimpin UMNO hari ini seolah-olah sudah melupakan tujuan DAP ditubuhkan.

“Kalaulah Datuk Onn Jaafar masih hidup, sudah lama ditamparnya muka pemimpin UMNO yang menyeru ahlinya mengundi DAP. Sekian lama, UMNO melihat DAP sebagai wajah ‘kafir penentang Islam’ tiba-tiba tergamak pemimpin UMNO menyeru ahlinya memangkah DAP.

“Apakah UMNO terlalu terdesak sehingga terpaksa menyeru sedemikian rupa? Apakah UMNO sudah lupa tujuan DAP ditubuhkan? Jika UMNO (Melayu) mudah lupa, biar saya ingatkan,” katanya melalui hantaran di Facebook, hari ini.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata pengundi UMNO perlu memilih calon daripada kerajaan perpaduan pada PRN tanpa mengira calon tersebut daripada parti mana termasuk DAP.

Menurutnya, gesaan tersebut bukan atas nama parti tertentu sebaliknya atas nama kerajaan perpaduan serta titah Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga kestabilan politik negara.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin UMNO lain turut menyifatkan seruan itu tidak salah kerana kini mereka bersama DAP dalam kerajaan campuran.

Ridhuan turut menyenaraikan 16 fakta berkaitan DAP untuk semakan para pemimpin UMNO yang disifatkannya sudah lupa.

Antaranya beliau menyentuh soal DAP merupakan anak butir parti PAP memperjuangkan Malaysian Malaysia sejak awal penubuhannya lagi yang jelas bercanggah dengan perjuangan UMNO yang meletakkan Islam dan Melayu di tempat tinggi.

Katanya konsep Malaysian Malaysia itu juga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mendaulatkan kedudukan hak Islam, Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak.

“Deklarasi Setapak DAP jelas menyatakan, “kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok Bumiputera dan bukan Bumiputera ditentang”.

“Kalau tidak faham lagi, inilah makna Malaysian Malaysia. Sama rata dan sama rasa bukan sahaja dalam konteks hak ekonomi tetapi juga agama termasuk pluralisme agama,” katanya.

Beliau turut menyeru pemimpin UMNO membaca kembali dengan teliti Perlembagaan DAP.

“DAP memperjuangkan negara sekular. Baca Perlembagaan DAP baik-baik, berapa kali perkataan sekular itu disebut dalam perlembagaannya? DAP tidak pernah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam, “langkah mayat aku” katanya.

“Sekular bermaksud, pemisahan antara politik dan agama sedangkan DAP tahu bahawa Islam dan politik tidak dapat dipisahkan. Kenapa terus tegar memperjuangkan sekularisme? Kenapa tergamak pemimpin UMNO menyeru ahlinya mengundi DAP?,” katanya lagi.

Kata Ridhuan, DAP juga kuat memperjuangkan sekolah vernakular dan sekolah persendirian China yang berasaskan kaum sehinggakan ramai pemimpin dan ahli mereka tidak dapat bertutur bahasa kebangsaan dengan baik.

“Cuba lihat pemimpin DAP ketika bercakap menggunakan bahasa negara, Bahasa Melayu, berapa ramai yang boleh bercakap dengan baik atau fasih?

“Jangan pergi jauh, lihat percakapan mereka di Parlimen yang akan bersidang tidak lama lagi, termasuk timbalan speaker mereka.

Beliau turut menyenaraikan beberapa lagi contoh tindakan DAP sebelum ini termasuk menghina Islam dan kematian Allayarham Datuk Haron Din serta mempertikai laungan azan melalui pembesar suara dan banyak lagi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
MB Selangor sahkan nama dalam syarikat didakwa dapat tender rundingan terus: Laporan
March 1, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok