Seru penyokong UMNO undi DAP, Pemuda UMNO Johor tegur Mat Maslan

May 21, 2023 · Politik

Pemuda UMNO Johor menegur pemimpin pusatnya selepas menyeru ahli parti itu mengundi DAP pada pilihan raya negeriĀ  (PRN) tidak lama lagi.

Ketuanya Noor Azleen Ambros menegaskan UMNO tidak perlu menjadi jurucakap rasmi kepada parti lain.

Katanya, perkara tersebut adalah tidak wajar walaupun UMNO kini bekerjasama dengan parti lain dalam kerajaan campuran tersebut.

“Dalam UMNO menguruskan kepentingan politiknya dalam kerajaan perpaduan, tidaklah sehingga UMNO perlu menggadaikan prinsip politiknya.

“Kebersamaan kita dalam membentuk kerajaan perpaduan, tidaklah sampai ke tahap kita pula jadi jurucakap rasmi kepada parti lain,” katanya lapor Sinar Harian.

Kelmarin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata pengundi UMNO perlu memilih calon daripada kerajaan perpaduan pada PRN tanpa mengira calon tersebut daripada parti mana termasuk DAP.

Menurut beliau, gesaan tersebut bukan atas nama parti tertentu sebaliknya atas nama kerajaan perpaduan serta titah Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga kestabilan politik negara.

Semalam, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching turut menyeru ahli dan penyokong DAP memberi sokongan dan undi kepada calon UMNO pada PRN di enam buah negeri nanti.

Berita berkaitan
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
41 minit lalu· Politik
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
53 minit lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
1 jam lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
2 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
2 jam lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
12 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
12 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
14 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok