Surat tender tular, Nik Nazmi buat laporan polis

May 20, 2023 · Politik

KUALA LUMPUR: Pejabat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim hari ini membuat laporan polis berkenaan tuduhan palsu, kebocoran maklumat sulit kerajaan dan fitnah, berkaitan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Dalam satu kenyataan malam ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata laporan dibuat atas beberapa akaun Facebook, TikTok dan Telegram, yang menurutnya membuat fitnah terhadap dirinya serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung projek berkenaan, menurut laporan Bernama.

“Ini secara jelas telah mendorong orang awam yang membaca hantaran tersebut, membuat tanggapan bahawa kami menyeleweng dana awam bagi tujuan politik.

“Sehubungan itu, saya berharap pihak polis dapat mengenal pasti dalang di sebalik tuduhan palsu, fitnah dan kebocoran maklumat sulit kerajaan, dengan kadar segera,” katanya.

Nik Nazmi menegaskan, Kerajaan Perpaduan dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, komited terhadap tatakelola baik dan tahap integriti yang tertinggi.

Baru-baru ini, tular beberapa hantaran dalam aplikasi Facebook, TikTok dan Telegram yang mendakwa kononnya Nik Nazmi dan Anwar, meluluskan projek RTB tanpa melalui proses dan tatacara yang teratur.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Shafie persoal kenapa Anwar selepas dibebaskan boleh bertanding pilihan raya pula
November 1, 2022
Sekurang-kurangnya Kabinet kerajaan PN sebelum ini tiada kluster mahkamah
November 29, 2022
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok