Naib Ketua Wanita UMNO dilantik jadi Pengerusi PTPTN baharu

May 11, 2023 · Politik

Datuk Norliza Abdul Rahim diumumkan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang baharu.

Lantikan terbaharu ini adalah siri lantikan politik terbaharu yang dibuat oleh kerajaan campuran selepas Parti Amanah juga turut mengumumkan lantikan melibatkan pemimpinnya semalam.

Norliza merupakan Naib Ketua Wanita UMNO dan pelantikan itu diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, menerusi satu kenyataan dalam Facebook beliau hari ini.

“Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pembangunan hartanah, pengurusan harta dan dasar perumahan awam merangkumi sektor kerajaan serta swasta.

“Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan. Semoga dengan lantikan ini, beliau dapat menerajui PTPTN dalam memperkasa fungsi dan peranannya bagi mengurus pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pendidikan tinggi dengan strategik dan inovatif,” katanya menurut hantaran itu.

Pada November 2021, Norliza dilantik sebagai pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA).

Norliza yang memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perakaunan), Ijazah Sarjana Muda Perancangan Kewangan Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pengurusan (Perakaunan).

Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam menerajui beberapa syarikat milik kerajaan dan swasta yang tersenarai di bursa merangkumi bidang hartanah, perkapalan dan juga universiti awam dan koperasi.

Norliza juga pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dari 2011 hingga 2017.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Calon PH di Pulai yakin akar umbi UMNO akan sokong dalam PRK
August 27, 2023
Nazri desak dedah status hasil siasatan klip audio Anwar-Zahid
June 24, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok