Bursa Malaysia jatuh dua hari berturut-turut: Laporan

May 10, 2023 · Isu semasa

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan aliran menurunnya bagi hari kedua berturut-turut untuk ditutup rendah pada Rabu berikutan aktiviti jualan terutamanya dalam saham perbankan sejajar dengan prestasi lemah di bursa serantau lain.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran itu susut sebanyak 6.95 mata atau 0.48 peratus kepada 1,425.68 daripada paras penutup 1,432.63 pada Selasa, menurut laporan Bernama.

Indeks utama itu dibuka tinggi naik 0.48 mata kepada 1,433.11 dan bergerak antara jajaran 1,424.53 dan 1,433.68 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 438 berbanding 364 manakala 435 kaunter tidak berubah, 1,005 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 2.78 bilion unit bernilai RM1.65 bilion daripada 3.45 bilion unit bernilai RM2.12 bilion pada Selasa.

Indeks perkhidmatan kewangan jatuh 0.74 peratus atau 117.62 mata kepada 15,597.95.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata di peringkat serantau, indeks utama ditutup kebanyakannya rendah susulan petunjuk negatif daripada Wall Street semalaman ketika pelabur menunggu pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Sementara itu, media melaporkan bahawa pegawai Rumah Putih dan pemimpin Republikan tidak mencapai kesepakatan berhubung kelulusan menaikkan siling hutang dengan Rumah Putih mendesak ia diluluskan tanpa mengkompromikan inisiatif perbelanjaan manakala pihak Republican enggan meluluskannya melainkan inisiatif perbelanjaan Presiden dikurangkan untuk mengelakkan peningkatan defisit belanjawan.

Di bursa tempatan, Pak Leng yakin penilaian wajar FBM KLCI mungkin menarik aktiviti membeli saham berharga rendah walaupun sentimen di pasaran tempatan dijangka terus berhati-hati.

Selain itu, indeks utama kekal dalam kedudukan terlebih jual.

“Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan tinggi dalam jajaran 1,435-1,440 bagi tempoh berbaki minggu ini, dengan paras ketahanan segera pada 1,440 dan paras sokongan pada 1,410,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut lima sen kepada RM8.70, Public Bank turun tiga sen kepada RM3.99, CIMB jatuh sembilan sen kepada RM5.02 dan Tenaga Nasional berkurangan 17 sen kepada RM9.03.

Petronas Chemicals menokok 11 sen kepada RM7.31.

Dalam kalangan kaunter cergas, Bahvest jatuh dua sen kepada 11.5 sen, Jade Marvel berkurangan setengah sen kepada 27 sen manakala KNM tidak berubah pada 6.0 sen.

Top Glove naik satu sen kepada RM1.10 dan Velesto meningkat setengah sen kepada 23.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 34.24 mata kepada 10,444.99, Indeks FBMT 100 turun 35.04 mata kepada 10,142.34, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 4.17 mata kepada 10,797.19, dan Indeks FBM ACE Index berkurangan 12.88 mata kepada 5,041.72, manakala Indeks FBM 70 naik 12.86 mata kepada 13,576.32.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.10 mata kepada 169.55, Indeks Perladangan meningkat 28.32 mata kepada 6,838.52 dan Indeks Tenaga naik 0.34 mata kepada 833.31.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.87 bilion unit bernilai RM1.44 bilion daripada 2.06 bilion unit bernilai RM1.62 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran menyusut kepada 278.69 juta unit bernilai RM40.22 juta daripada t 400.89 juta unit bernilai RM64.26 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE jatuh kepada 638.24 juta saham bernilai RM166.15 juta daripada 987.90 juta saham bernilai RM436.72 juta sebelumnya.

Di Pasaran Utama, kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 362.17 juta saham yang diniagakan, produk dan perkhidmatan perindustrian (454.33 juta); pembinaan (78.87 juta); teknologi (160.95 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (75.44 juta); hartanah (224.39 juta); perladangan (24.32 juta); REITs (7.22 juta), dana tertutup (12,000); tenaga (174.67 juta); penjagaan kesihatan (214.14 juta); telekomunikasi dan media (44.52 juta); pengangkutan dan logistik (20.52 juta) dan utiliti (25.29 juta).

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
15 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok