Harga minyak petrol dan diesel kekal, tak turun dan naik

May 10, 2023 · Isu semasa

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 11 hingga 17 Mei ini.

Untuk rekod, Pakatan Harapan (PH) sebelum menjadi kerajaan berjanji kepada rakyat untuk menurunkan harga bahan bakar tersebut dalam kempen politik mereka namun sehingga hari ini masih tidak turun-turun.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter), menurut laporan Bernama.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok