Jangan sibuk urusan parti lain, kata Mat Hasan kepada Amanah

April 30, 2023 · Politik

Parti Amanah dibidas supaya tidak masuk campur urusan parti lain kerana parti sendiri pun terpalit ‘tahi’, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden UMNO itu membalas kenyataan dikeluarkan Parti Amanah berhubung isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dan meminta rakan parti kerajaan campuran itu supaya menjaga keharmonian.

“Itu satu kenyataan yang tak sepatutnya keluar daripada mulut beliau (Khalid Abdul Samad), kalau kita hendak jaga keharmonian (Kerajaan Perpaduan), kita tak cakap macam itu.. jadi elok lah kita kurangkan kenyataan seperti itu kerana ia beri kesan kepada rakan-rakan kita.

“Saya minta supaya kepemimpinan peringkat Barisan Nasional (BN) supaya kita jaga, perkasakan parti, kita boleh kumpulkan kekuatan, kita akan dapat kekuatan yang besar.

“Jadi, jangan heboh pasal orang, jangan heboh pasal parti lain, jangan jaga sangat tepi kain orang, kain sendiri pun banyak lumpur bila basuh,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid melalui kenyataan dikeluarkan kelmarin merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan supaya menolak permohonan Najib untuk diampun dan dibebaskan dari penjara.

Susulan itu, pemimpin UMNO membidas Khalid dan mendedak supaya meminta maaf atas kenyataan yang disifatkan menyinggung hati sehingga boleh menjejaskan kerajaan campuran yang dibentuk baharu beberapa bulan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
30 MP UMNO, BN setuju sokong Anwar bentuk kerajaan bersama DAP
November 24, 2022
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
22 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok