Budaya bergantung kepada bantuan tunai perlu diubah: MP Wangsa Maju

April 26, 2023 · Isu semasa

Perubahan perlu dilakukan bagi mengelakkan rakyat terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan, kata seorang Ahli Parlimen (MP) kerajaan campuran.

MP Wangsa Maju, Zahir Hassan berkata budaya pemberian wang tunai kepada menjadi punca rakyat terlalu bergantung bantuan daripada kerajaan sehingga ia mencengkam masyarakat.

“Jadi pemberian wang ini menjadi satu budaya sampai satu peringkat di mana rakyat mengharapkan dan jangkakan benda (bantuan) tersebut berlaku.

“Sehingga saya katakan dalam bajet sebuah keluarga ini, ada individu tak beli beg sebab tunggu program ‘Back To School’ untuk dapatkan beg untuk anak dia.

“Ini bermakna sebegitunya pemberian wang tunai telah mencengkam rakyat kita sekarang,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Zahir dijemput dalam program wacana anjuran Sinar Harian.

Bagaimanapun, Zahir berkata bantuan tunai hanya bersifat untuk jangka masa pendek dan pendekatan yang lebih berkesan perlu diambil bagi mengelakkan kebergantungan rakyat dalam menunggu bantuan tunai kerajaan.

“Sebagai contoh, kerajaan Selangor memperkenalkan Inisiatif Pendapatan Rakyat dapat menawarkan kepada golongan miskin tegar dan B40 seperti pertanian berkelompok, penjualan makanan serta sebagainya untuk bangkit semula selain tidak bergantung pada bantuan daripada kerajaan.

“Ini penting kerana sebagaimana rakyat kebergantungan kepada kerajaan tersebut begitu kuat sekali maka apa kerajaan cakap, dia akan ikut namun saya berpandangan rakyat Malaysia sekarang sudah pandai dan keadaan tak seperti itu lagi.

“Tetapi kita mahu rakyat lepas dari tahap kemiskinan supaya mereka merasakan bebas bukan sahaja bebas dari segi ekonomi tetapi menentukan masa depan politik negara,” jelasnya lagi.

Dalam wacana tersebut, turut menjadi panel ialah Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Rosni Adam dan Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Izham Nayan manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Jemaah pulang umrah cetus kluster baharu di Sabah
December 22, 2021
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
15 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
15 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok