Jho Low dijatuhi hukuman penjara di mahkamah Kuwait

March 29, 2023 · Isu semasa

Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low dijatuhi hukuman penjara atas tuduhan pengubahan wang haram berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jho Low yang juga bekas rakan baik dengan Datuk Seri Najib Razak itu dihukum penjara 10 tahun dengan rakan kongsinya termasuk dua lagi warga asing, menurut laporan akhbar Kuwait Al-Qabas.

Sementara itu, seorang peguam juga turut dihukum penjara tujuh tahun atas tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana Malaysia.

Justeru, mereka diperintahkan untuk memulangkan AS$1 bilion (RM4.4bilion) selain perlu membayar denda berjumlah KD145 juta (RM2 bilion).

Bagaimanapun, akhbar berkenaan tidak mendedahkan nama sheikh terbabit termasuk rakan kongsi mahupun peguam berkenaan.

Namun hanya menyebutnya sebagai ‘dana Malaysia’.

Laporan itu menyebut, ia berkait kes pengubahan wang haram terbesar selain mengenal pasti identiti wang asing itu sebagai Low dan ahli perniagaan Syria-Perancis bernama Bachar Kiwan.

Berdasarkan laporan diterbitkan menerusi portal Sarawak Report mendakwa, dana Malaysia itu merujuk kepada 1MDB.

Selain itu, portal sama mendakwa sheikh yang disebut-sebut itu adalah anak kepada bekas Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Sabah Jaber Al-Mubarak Al-Sabah.

Manakala rakan kongsi yang dikaitkan didakwa sebagai sekutu Low iaitu Hamad Al Wazan dan peguamnya, Saud Abdelmohsan.

Laporan Al-Qabar melaporkan kelima-lima mereka didakwa melakukan pengubahan wang haram dalam bentuk matawang China bersamaan KD343,700,000 (RM4.95 bilion).

Dakwa agensi berita itu, lima individu berkenaan tahu bahawa wang berkenaan adalah hasil haram yang diseleweng daripada dana pelaburan Malaysia.

Akhbar itu melaporkan bahawa kes berkenaan ditangguh selama dua tahun sebelum dibuka semula kerana pihaknya pendakwaan berdepan halangan untuk memperoleh maklumat dari luar negara.

Namun begitu, laporan sama tidak memperincikan mengenai bentuk kesukaran yang dihadapi atau siapa ada kaitan tetapi menurut Sarawak Report mendakwa kerajaan Malaysia kurang memberikan kerjasama.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok