Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja

March 20, 2023 · Politik

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, ditegur kerana ‘bermain wayang’ dalam isu ‘Jom Ziarah Gereja’ yang melibatkan belia bukan Kristian, sebaliknya berbeza pandangan berhubung perarakan kostum pemuda Islam Terengganu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed berkata dalam isu ziarah gereja itu, Mohd Na’im meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada bidang kuasa kerajaan.

Beliau berkata sebagai menteri yang diharapkan menjaga kesucian Islam, dan memegang prinsip keharmonian agama dan kaum, beliau seolah-oleh menjadi menteri lain yang langsung tidak bertanggungjawab terhadap anasir-anasir berunsur dakyah sebegini.

“Semua kita pastinya masih segar mengingati betapa jantannya Menteri Agama ketika menghentam perarakan kostum oleh Pemuda PAS di Setiu.

“Dalam soal perarakan itu, tidak pula beliau menghormati bidang kuasa pihak berkuasa tempatan negeri yang meluluskan permit perarakan, tetapi terus menghentam menggunakan kedudukan Menteri Agama, kononnya perarakan kostum sebegitu boleh mengganggu keselamatan negara.

“Jika boleh saya sebutkan, mahu saya jelaskan kepada menteri bahawa kiasan yang cuba dibuat bandingan dengan hukum tidak salah orang Islam memasuki rumah ibadah agama lain tidaklah sampai kepada dibolehkan kempen terbuka sebegini, apa lagi melibatkan belia Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (20 Mac 2023).

Mohamad Kamal turut kecewa kerana kini sudah menjadi seperti satu trend di semua kementerian kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) membuat keputusan yang jelas bercanggah, sebaliknya apabila dibantah, meletakkan beban ke atas kerajaan negeri.

“Naratifnya jika negeri tidak sekat bermakna kerajaan negeri yang salah,” kata beliau lagi sambil menyifatkan perbuatan itu adalah taktik ‘Tai Chi’ yang langsung tidak bertanggungjawab.

Beliau mengingatkan sebagai mantan Ketua Hakim Syar’ie, Mohd Na’im tidak seharusnya melupakan ‘kaedah-kaedah fiqhiah’ dalam memberikan pandangan terhadap isu melibatkan agama di Malaysia.

“Jika boleh saya ingatkan suatu kaedah Fekah yang besar dalam pentadbiran negara melibatkan kerajaan dalam isu gereja yang seharusnya dipegang oleh Menteri Agama iaitu:

“Keputusan kerajaan melibatkan isu rakyat perlu mengambil kira pertimbangan maslahah, iaitu mendatangkan manfaat dan menghalang mudharat.

“Kaedah popular seperti سد الذرائع iaitu menutup ruang mudharat dalam kes larangan ajakan Jom Ziarah Gereja sepatutnya dibuat di peringkat Persekutuan yang ‘jaringan sekatannya’ lebih besar bukan dilepaskan untuk dibuat di peringkat negeri yang ‘jaringan sekatannya’ lebih kecil.

“Jika Menteri Agama tidak kompeten dalam mempertahankan kesucian agama di peringkat Persekutuan siapa lagi yang diharapkan?” soal beliau.

Mohamad Kamal juga mengingatkan bahawa jika Menteri Agama yang kononnya bukan orang politik, telah bermain politik dalam urusan umat Islam, bagaimana harus pemuda-pemuda Islam mampu berpeluk tubuh, berdiam diri?

“Atas faktor keharmonian kaum dan kesucian agama, saya mohon Menteri Agama agar lebih berbisa dan tidak terperangkap dalam falasi politik kerajaan gabungan yang dominannya bukan-Melayu Islam termasuk DAP sebagai ‘the most influential partner’,” katanya.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PKR Bandar Tun Razak lapor polis fitnah isteri Anwar dalam gambar tular
October 23, 2023
Allah pilih saya urus situasi paling sukar rakyat, negara: Muhyiddin
October 31, 2022
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok