Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion

March 14, 2023 · Isu semasa

RM43.8 bilion jumlah hutang keseluruhan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sudah dibayar kerajaan Malaysia, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata hutang belum bayar yang dicipta semasa era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) kini berbaki berjumlah RM9.7 bilion, membabitkan prinsipal RM5 bilion dan faedah RM4.7 bilion.

Beliau berkata, jumlah hutang 1MDB diambil alih adalah sebanyak RM53.5 bilion.

“Setakat ini, kerajaan sudah membayar melalui ‘shareholder advance’ atau pinjaman sebanyak RM24.5 bilion, bayaran melalui akaun amanah (RM19.3 bilion) dengan jumlah keseluruhan sudah dibayar hutang 1MDB adalah sebanyak RM43.8 bilion,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad berkata, kerajaan juga sudah mendapatkan semula RM33.6 bilion aset 1MDB dan RM8 bilion daripada penyelesaian dengan firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).

Menurut Ahmad, pinjaman pokok 1MDB berjumlah RM33.6 bilion manakala faedah berjumlah RM14.9 bilion.

Sebelum ini, dua firma pelaburan Abu Dhabi iaitu IPIC dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) bersetuju membayar AS$1.8 bilion kepada Menteri Kewangan Diperbadankan dan 1MDB.

Kementerian Kewangan memaklumkan penyelesaian itu dicapai dalam prosiding undang-undang yang berlangsung di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok