Kesan masalah pendengaran bayi dan kanak-kanak

March 21, 2023 · Isu semasa

Kajian mendapati bahawa dua hingga tiga orang bayi dalam setiap seribu kelahiran berisiko dilahirkan dengan masalah pendengaran dan kebanyakan bayi yang bermasalah pendengaran dilahirkan dari keluarga yang tidak mempunyai sejarah keturunan pekak.

Menurut Pegawai Audiologi, Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani, Khadijah Azura Binti Salim, ibu bapa perlu mengambil perhatian berkaitan simptom awal masalah pendengaran dalam kalangan bayi dan kanak-kanak bagi membolehkan tindakan awal dibuat.

‘‘Pendengaran merupakan deria utama yang penting untuk perkembangan komunikasi seorang bayi dan mula terbentuk sejak di dalam kandungan. Melalui pendengaran juga seorang bayi akan memperolehi sumber rangsangan untuk membina kemahiran bertutur-bahasa, bersosial dan seterusnya membentuk pemahaman di dalam otak yang penting dalam proses pembelajaran kelak.

“Kanak-kanak turut mempunyai tempoh usia emas iaitu sejak lahir hingga tiga tahun bagi menguasai kesemua keupayaan awal komunikasi di peringkat awal kehidupan mereka,“ katanya.

Dalam pada itu, kajian mendapati seorang bayi yang normal akan mengambil masa lebih kurang 10 hingga14 bulan untuk menyebut perkataan pertama yang bermakna.

Tambah Khadijah, rangsangan deria pendengaran yang optimum di awal usia amat diperlukan bagi memastikan seorang bayi dan kanak-kanak dapat membina asas komunikasi yang kukuh.

“Namun, sekiranya berlaku masalah pendengaran, laluan ke bahagian otak pendengaran akan terhalang. Bunyi tidak berupaya sampai ke bahagian otak dengan kualiti yang mencukupi. Sel-sel saraf pendengaran di bahagian otak tidak dapat berhubung dengan baik dan menghadkan perkembangan bahasa-pertuturan,“ jelasnya.

Sekiranya terdapat kebimbangan oleh ibu bapa mengenai pendengaran atau perkembangan pertuturan kanak-kanak juga boleh menjadi salah satu penyebab untuk memulakan tindakan pemeriksaan pendengaran. Justeru, sekiranya  diperlukan menjalani rawatan perubatan yang sementara atau berkekalan, adalah lebih baik untuk memulakan langkah pengesanan awal secepatnya mungkin.

“Sesetengah masalah pendengaran boleh dipulihkan dengan rawatan perubatan atau pembedahan, namun ada juga yang memerlukan penggunaan alat pendengaran.

“Selain mengikuti sesi pemulihan pendengaran bersama pakar audiologi, bayi dan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran ini turut perlu mengikuti sesi terapi pertuturan sebagai pengukuhan kepada penguasaan kemahiran komunikasi mereka,“ jelasnya.

Keseluruhan proses ini bukanlah singkat, namun turut memerlukan kerjasama yang tinggi serta pemahaman jangkaan yang realistik dari ibu bapa dan keluarga. Bayi dan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran amat memerlukan sokongan yang berterusan kerana persekitaran yang konsisten dangan rangsangan bunyi terutamanya di rumah akan membina peluang pemulihan yang lebih efektif.

Berita berkaitan
Hadi dibenar keluar hospital, berehat di rumah
July 2, 2023· Politik
Orang kuat PKR doakan kematian Hadi, Dr Mahathir: Laporan
July 1, 2023· Politik
Derma darah – Selamatkan insan yang memerlukan
June 28, 2023· Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023· Isu semasa
Popular
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
10 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
10 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok