Zahid sedia dedah surat RoS, gesa akar umbi pertahan kerajaan PH-DAP

March 5, 2023 · Politik

UMNO akan menerbitkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang meluluskan usul tambahan parti itu agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding pada pemilihan tahun ini.

Terdahulu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan surat daripada RoS berikutan pertikaian status usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022.

Presiden UMNO itu berkata beliau akan meminta Setiausaha Agung parti Datuk Seri Ahmad Maslan berbuat demikian untuk makluman kepada semua ahli dan berharap dapat menamatkan pertikaian berkaitan usul yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 pada Januari lepas.

“Itu satu tanda noktah bahawa Perhimpunan Agung UMNO adalah badan tertinggi UMNO dan peraturan-peraturan telah diikuti, Perlembagaan juga dipatuhi maka noktah ini adalah penamat dan kita tutup buku untuk mempolemikkan apa-apa isu mengenainya,” katanya lapor Bernama.

Zahid ditemui mediaselepas Majlis Pengenalan Calon-Calon Pemilihan UMNO 2023-2026 peringkat Kedah dan Perlis yang turut dihadiri Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Mohamad Hasan.

Semalam, beliau memaklumkan UMNO telah menerima surat daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai keputusan RoS pada Jumaat.

Terdahulu, ketika berucap, Zahid meminta kepimpinan UMNO agar tidak cuba menjatuhkan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan parti itu terus relevan dan kuat supaya diterima semula oleh masyarakat terutama menjelang Pilihan Raya Negeri di enam negeri.

“Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan MADANI perlu dipertahan manakala semua yang akan memimpin UMNO di peringkat Majlis Tertinggi Wanita, Pemuda dan Puteri perlu berada dalam satu pasukan bagi memastikan kita tidak tergugat.

“Kita tidak mahu ada elemen luar masuk kerana terdapat beberapa perancangan yang ingin menggugat dan menjatuhkan kepimpinan serta kerajaan sedia ada,” katanya.

Beliau turut mengingatkan perwakilan yang mengundi pada pemilihan parti agar memilih calon yang boleh memperkukuh UMNO dan tidak mempunyai agenda untuk mewujudkan kabilah berlainan dalam parti.

“Kita meraikan kepelbagaian pendapat tetapi parti tidak lagi mampu mempunyai kabilah-kabilah yang berbeza atas tujuan yang berbeza,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Amirudin mahu dikekalkan sebagai MB Selangor
May 18, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok