PETRONAS akan pertahan kedudukan daripada tuntutan tidak berasas pihak Sulu

February 17, 2023 · Isu semasa

Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) berpendirian tindakan tuntutan diambil oleh pihak yang mendakwa waris kesultanan Sulu terhadap dua anak syarikatnya di Luxembourg (Luxcos) adalah tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan undang-undangnya.

“Semua usaha tertumpu kepada Prosiding Pengesahan di mana mahkamah akan menentukan merit tuntutan yang Luxcos mempunyai pembelaan yang berwibawa,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan media mengenai perintah rampasan baharu yang dikeluarkan oleh bailif mahkamah Luxembourg untuk dua unit firma minyak negara Malaysia, PETRONAS, minggu ini.

Laporan Reuters pada Khamis (16 Feb) bertajuk, “Unit Petronas di Luxembourg dirampas semula dalam pertikaian timbang tara AS$15 bilion” menyatakan bailif mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah rampasan baru untuk dua unit firma minyak negara, PETRONAS minggu ini.

Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sita baharu kepada dua anak syarikat PETRONAS susulan tuntutan daripada waris kumpulan Sulu untuk menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion yang mereka peroleh terhadap aset kerajaan Malaysia.

Dalam dokumen mahkamah yang dilihat Reuters daripada peguam waris Kumpulan Sulu, mereka memohon untuk menguatkuasakan anugerah AS$14.9 bilion yang diberikan kepada mereka oleh mahkamah timbang tara Perancis tahun lalu.

Timbang tara berkenaan adalah berhubung tuntutan waris kumpulan itu terhadap Malaysia mengenai hak penguasaan kawasan yang dikatakan dimeterai pada zaman kolonial.

Malaysia tidak pernah mengambil bahagian dalam timbang tara itu kerana kekal dengan pendirian bahawa proses itu adalah tidak sah.

Negara sudah mendapat penangguhan bagi tuntutan itu di Perancis tetapi keputusan tetap boleh dikuatkuasakan di 165 negara di bawah Konvensyen Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Anugerah Timbang Tara (Konvensyen New York), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

PETRONAS sebelum ini menegaskan ia akan menentang sebarang tuntutan yang dibuat ke atas asetnya dan Malaysia berikrar untuk menggunakan semua langkah undang-undang untuk menghalang rampasan ke atas asetnya, termasuk syarikat berkaitan kerajaan, daripada dirampas di luar negara.

Dua aset PETRONAS iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan PETRONAS South Caucasus kali pertama disekat pada Julai 2022.

Berita berkaitan
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
2,310 pelajar terima sumbangan Yayasan Petronas
June 12, 2023· Isu semasa
Petronas sedia beri kerjasama kepada SPRM jalankan siasatan
May 27, 2023· Isu semasa
Rakyat Malaysia dibawa keluar dari Kompleks Petronas Khartoum
April 18, 2023· Isu semasa
Popular
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
88 peratus pemberi rasuah bukan Melayu, kata Zuhdi petik kajian PhD
September 7, 2022
Seorang lelaki ditahan polis berhubung hantaran barang kemas pembantu PM
September 15, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok