Noraini tak dipaksa lepas kerusi Ketua Wanita UMNO: Setiausaha

February 6, 2023 · Politik

Wanita UMNO hari ini (6 Februari) menafikan dakwaan dan khabar angin bahawa ketua sayap Wanita parti itu Datuk Seri Noraini Ahmad telah diminta berundur untuk memberi laluan kepada Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui sayap itu.

Setiausaha Wanita UMNO Datuk Rosni Sohar juga menafikan bahawa Noraini telah memanggil mesyuarat khas memaksa Ketua Wanita Negeri menyatakan sokongan daripada setiap bahagian kepadanya.

“Pelbagai tohmahan telah berlegar di media sosial tentang sokongan terhadap Ketua Wanita UMNO Malaysia. Ada tabloid yang mengeluarkan kenyataan kononnya Wanita dari bahagian tertentu minta Noraini berundur diri dan ada juga yang mengatakan bahawa Noraini telah memanggil mesyuarat memaksa Ketua Wanita Negeri menyatakan sokongan dari setiap Wanita Bahagian.

“Tak kurang juga yang telah mengeluarkan angka sokongan terhadap individu yang ingin bertanding. Saya ingin tegaskan disini saya selaku Setiausaha Wanita UMNO Malaysia bahawa tohmahan semua ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rosni menjelaskan bahawa tiada mesyuarat khas ketua-ketua Wanita diadakan apa lagi paksaan supaya mereka memberikan sokongan kepada Noraini.

Katanya kebanyakan negeri yang menyatakan sokongan mereka terhadap Noraini dan Datuk Norliza Rahim untuk terus menerajui Wanita UMNO Malaysia adalah dengan kerelaan mereka sendiri, seiring dengan usul yang dibawa di Perhimpunan Agung Wanita yang lalu.

“Saya harap Wanita UMNO agar lebih fokus kepada persiapan untuk pilihan raya di enam Negeri yang bakal tiba. Wanita perlu tumpukan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan gerak kerja. Jangan biarkan pemilihan menjejaskan gerak kerja yang telah dijalankan,” katanya.

Semalam, Berita Harian melaporkan seorang wanita bernama Azwati Abdul Halim, yang dinamakan sebagai anggota Wanita UMNO Titiwangsa, berkata Noraini telah didesak untuk tidak bertanding dalam pemilihan dalaman UMNO bulan depan.

Ini supaya Ahli Parlimen Parit Sulong itu boleh bertanggungjawab atau membetulkan kelemahannya dalam memimpin Wanita UMNO, Azwati dilaporkan berkata.

“Mengapa akar umbi memilih untuk menolak Noraini? Mengapa 147 Ketua Wanita Umno bahagian tidak lagi menyokong Noraini dan mahukan orang lain sebagai ketua mereka?

“Noraini tahu kenapa,” katanya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah, berkata seramai 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian membuat keputusan mahukan Shahrizat kembali memimpin sayap itu.

“Sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian, saya bersama 147 ketua wanita bahagian-bahagian seluruh negara sudah berjumpa Shahrizat secara bersemuka.

“Sebahagian besar kami sudah membuat pertimbangan dan kewarasan untuk meminta Shahrizat untuk kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
8 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok